nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hakim boleh jatuhkan hukuman mati, beri peluang kedua

10 JUN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Perdana Menteri berkata, langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’ bagi hukuman mati yang menyebabkan mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang, contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.

“Kita berpandangan setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Jika ada dua pilihan (hukuman) dan jika dirasakan orang itu memang penjenayah tegar mengedar dadah sehingga menyebabkan ratusan ribu orang mati, boleh dihukum mati dan dibenarkan untuk jatuhkan hukuman mati.

“Tetapi jika dirasakan daripada budi bicara patut diberikan peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik dan hendak diberikan hukuman penjara seumur hidup dengan sebat maka hakim boleh meminda hukuman mati mandatori kepada hukuman itu,” katanya.

Hakim mempunyai budi bicara membuat keputusan apabila hukuman mati mandatori dimansuhkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas di Bera, hari ini.

Sebagai contoh, katanya, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan ini menyebabkan hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman terbabit.

“Kadang-kadang kes membabitkan anak muda berusia 18 tahun. Hakim selepas mendengar perbicaraan mungkin beranggapan dia ini ‘terkena’ kerana dadah berada dalam beg miliknya tetapi dia tidak boleh membuktikan orang yang memberi (dadah) kepadanya.

“Walaupun ada orang yang beri tetapi tidak boleh dibuktikan, akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati walaupun hakim beranggapan budak ini muda dan patut diberi peluang kedua untuk berubah.

“Kena faham hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih ada tetapi tidak lagi menjadi mandatori,” katanya.

Ismail Sabri berkata, walaupun secara dasarnya kerajaan bersetuju memansuhkan pelaksanaan hukuman mati mandatori, perkara itu masih perlu diperhalusi dan memerlukan pandangan pihak berkaitan untuk diperkemas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Katanya, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.