nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NAFAS, ANGKASA ceburi industri ternakan ayam, tanaman jagung bijirin

14 JUN: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan terlibat dalam industri ternakan ayam sebagai langkah menjamin sekuriti makanan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua pihak berkenaan akan terlibat dalam ekosistem industri ayam bermula daripada anak ayam, makanan ternakan, vaksin, reban, pusat pemprosesan, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga bekalan sampai kepada pengguna.

“Kerajaan menyambut baik inisiatif NAFAS dan ANGKASA untuk terlibat secara signifikan dalam industri ternakan ayam.

“Ia selaras dengan saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh bagi meningkatkan hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam.

Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Anggota Lembaga ANGKASA di Putrajaya hari ini.

“NAFAS menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran sebanyak 144 juta ekor setahun, manakala ANGKASA sebanyak 30 juta ekor setahun,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak berkenaan di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, NAFAS dan ANGKASA akan lebih proaktif dalam industri penanaman jagung bijirin, bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah untuk makanan ayam.

Jelasnya, NAFAS telah mengenal pasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini ditanam dengan tanaman tembakau untuk ditanam jagung bijirin.

Pada masa sama, katanya, ANGKASA telah mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Setiap hektar mampu mengeluarkan 5 tan jagung bijirin dan menampung sebanyak 20 peratus daripada keperluan import jagung bijirin dalam tempoh lima tahun ini.

“Usaha NAFAS dan ANGKASA yang berskala besar ini diyakini dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap jagung bijirin bagi kegunaan makanan ayam.

“Saya yakin NAFAS dan ANGKASA berupaya membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan. Ini kerana NAFAS mempunyai seramai sejuta ahli, manakala tujuh juta ahli
bernaung di bawah ANGKASA melalui 14,835 koperasi,” katanya.

Menurut beliau lagi, ANGKASA juga diminta menerajui sektor koperasi dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.