nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarikh PRU: Jangan salah anggap tugas SPR

15 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan pihaknya hanya boleh membuat penetapan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas Parlimen dibubarkan.

Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata keputusan itu terletak di tangan kerajaan sebelum akhirnya SPR boleh menjalankan tugas selanjutnya.

“Ini adalah tanggapan yang salah di mana orang awam rasa SPR lah yang berkuasa menentukan bila nak adakan pilihan raya sedangkan kita tak ada kuasa begitu.

“Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Parlimen telah dibubarkan. Sekali Parlimen dibubarkan, masa itulah SPR akan menentukan tarikh pilihan raya tersebut.

SPR hanya boleh menetapkan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan.

“Jadi ini soal politik. Kalau nak tahu bila pilihan raya kena tanya perdana menteri bila nak bubar Parlimen. Selagi Parlimen belum dibubarkan tiada apa untuk kami (SPR) bincang,” katanya kepada BBC Portal.

Menurutnya, kerajaan mempunyai tempoh sehingga tahun depan untuk membuat keputusan sebelum Parlimen terbubar secara automatik Julai 2023.

“Julai 2023 itu tarikh terakhir kerana Parlimen hanya boleh wujud selama lima tahun jadi jika tempoh itu berakhir (dan kerajaan tidak membubarkan Parlimen juga), maka Parlimen secara automatik akan terbubar.

“Kemudian barulah kita akan tentukan tarikh pilihan raya. Itu agak jelas dari segi undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua ahli Barisan Nasional (BN) bersiap sedia bagi menghadapi PRU-15 yang dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya jentera BN wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU-15 demi mengekalkan rentak kemenangan yang telah dicapai mutakhir ini demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.