nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN Perak bakal tampilkan golongan muda sebagai calon PRU15

22 JUN : Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menampilkan muka baharu, khususnya golongan muda sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), berikutan kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor lalu yang mengenengahkan golongan itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, tidak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan kerana ada yang berkemungkinan perlu diganti dengan calon lain.

“Perkara itu bergantung kepada keadaan sebab kita tiada jaminan sama ada yang sedang menjadi ADUN akan terus kekal kerana kemungkinan ada yang terpaksa digantikan.

“Kita perlu mengambil contoh seperti yang berlaku di Melaka dan Johor iaitu perlu menonjolkan muka baharu, khususnya orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Jentera BN PRU-15 Bahagian Parit di Dewan Serbaguna Seri Iskandar, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

BN negeri juga menurut Saarani sudah mula mendapatkan senarai cadangan nama calon daripada setiap bahagian yang akan mewakili parti itu pada PRU-15.

Dalam tempoh sama, katanya lagi, BN perlu membuat kajian dan juga saringan daripada pihak berkaitan supaya calon yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh memenangkan BN.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Mohd Nizar berkata, mereka sudah bersedia dan melakukan persiapan dengan komitmen ahli serta jentera parti bersama komponen UMNO, MCA dan MIC untuk menghadapi PRU-15.

“BN Parit juga giat mendekati anak muda, khususnya mereka berusia 18 tahun ke atas yang juga pengundi baharu kali ini. Mereka sudah layak mengundi dan kita sentiasa mengingati serta bersama dengan mereka. Saya harap khususnya kepada anak muda supaya dapat memahami senario dan landskap politik,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.