nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hakim setuju lawat 2 unit banglo di Country Height

6 JUN : Hakim Mahkamah Tinggi perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melawat dua unit banglo di Country Heights, Kajang, yang didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, beliau bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya fikir demi kepentingan keadilan, saya bersetuju dengan permintaan untuk lawatan tapak, tapi kita boleh tetapkan lain kali. Kita boleh tetapkan tarikh kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam prosiding bela diri Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihaknya menjemput Hakim Sequerah untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran yang jelas kerana pembelian banglo itu terdapat dalam satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi anak guamnya dan sering diperkatakan dalam perbicaraan.

Menurut Hisyam, lawatan tersebut dapat memperlihatkan keadaan terkini banglo berkenaan termasuk lokasinya serta jarak banglo itu dengan Surau An-Nur di Country Heights.

Hakim Sequerah bertanyakan kepada pihak pendakwaan, adakah mereka ingin membantah mengenai lawatan itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata tiada keperluan untuk pihaknya melawat dua banglo tersebut kerana gambar yang menunjukkan keadaan banglo boleh dikemukakan di mahkamah.

“Jika Yang Arif cenderung untuk pergi melawat, mungkin kita boleh ambil hari lain, bukan kali ini, tidak bertembung (tarikh perbicaraan),” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa dua banglo berkenaan paling dekat dengan Surau An-Nur di Country Heights dan jauh dari kediamannya yang juga terletak di kawasan berkenaan (Country Heights).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkenaan jarak antara dua banglo berkenaan dengan kediaman Ahmad Zahid.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.