nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tambahan subsidi bukti komitmen kerajaan tangani isu kos sara hidup

18 JULAI :  Peningkatan peruntukan subsidi kepada lebih RM77 bilion berbanding peruntukan asal sebanyak RM31 bilion bagi tahun 2022 membuktikan komitmen Kerajaan untuk membantu rakyat Keluarga Malaysia menangani kenaikan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob verkata, daripada jumlah ini, RM1.1 bilion diperuntukkan kepada subsidi ayam dan telur.

Jelasnya, tindakan Kerajaan untuk memberi subsidi ayam ini  menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk membantu rakyat  kerana inilah pertama kali subsidi ayam diberikan bagi memastikan  bekalan ayam pulih.

“Sekarang kita melihat hasilnya di mana harga telah mula stabil.

“Melalui cerapan data harga mingguan Kerajaan mendapati kesan positif kerana harga sebenarnya berada di bawah harga kawalan RM9.40 bagi Semenanjung Malaysia.

“Harga purata nasional mingguan sehingga 9 Julai 2022 adalah RM9.22 dan negeri Pahang merekodkan harga terendah iaitu sebanyak RM8.95.

“Hasilnya, kini pengguna telah mula mendapat manfaat manakala penternak dan peniaga ayam juga berpuas hati kerana mereka sudah boleh berniaga seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tambah Ismail Sabri, Kerajaan juga dijangka membelanjakan subsidi minyak masak  polibeg 1 kg dengan peruntukan sehingga RM4 bilion pada tahun ini.

Katanya lagi, jumlah ini naik secara mendadak berbanding keperluan pada  tahun 2020 iaitu RM500juta dan 2021 sebanyak RM2.1bilion.

“Berkenaan subsidi minyak botol yang dihentikan, sebenarnya, subsidi ini diberikan bermula pada Ogos 2021 bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada perancangan Kerajaan, subsidi ini hanya sehingga Disember 2021 kerana kita telah berjanji untuk membuka semula aktiviti ekonomi secara berperingkat dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Namun, Kerajaan amat prihatin dengan perkembangan trend minyak sawit mentah atau CPO yang naik secara konsisten disebabkan permintaan dunia yang telah mula membuka aktiviti ekonomi.

“Atas sebab ini, Kerajaan telah melanjutkan pelaksanaannya sehingga Jun 2022 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM382 juta bagi melaksanakan program subsidi minyak botol ini,” jelasnya.

Tegasnya, isu Kerajaan tidak membantu rakyat tidak seharusnya timbul kerana subsidi minyak masak polibeg 1 kg masih lagi  diberikan malahan telah ditambah.

Selain itu, kata Ismail Sabri, Kerajaan juga telah melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Program ini menurut Perdana Menteri mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga daripada semua Ahli Parlimen dan pihak Kerajaan Negeri.

“Justeru, Kerajaan sedang memperinci
pelaksanaan PJKM untuk diperhebat dan diperluaskan kepada lebih 600 kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Jualan PJKM melibatkan penurunan sehingga 15% namun ada kalanya penurunan tersebut lebih daripada itu.

“Selain daripada itu, bagi terus membantu rakyat Keluarga Malaysia, Kerajaan juga telah menambah nilai Bantuan Keluarga Malaysia kepada lebih kurang 9 juta penerima sebanyak RM100 bagi isi rumah serta RM50 bagi individu bujang,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat pelbagai lagi program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat Keluarga Malaysia.

“Meskipun kita tidak dapat menghalang kenaikan harga barangan sepenuhnya kerana ia adalah disebabkan faktor inflasi global, namun impaknya dapat dikurangkan dengan pelaksanaan strategi-strategi yang telah dirangka oleh Kerajaan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.