nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

95 peratus penduduk Malaysia tidak makan sayur

19 JULAI: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disaran Kementerian Kesihatan (KKM), yang menjadi antara faktor berlaku penyakit hati berlemak dan berisiko mengalami penyakit jantung serta buah pinggang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata dapatan berkenaan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dilakukan setiap empat tahun sekali bagi melihat literasi kesihatan penduduk negara ini.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk negara ini tidak mengambil sayur dan buah mengikut sukatan pinggan suku-suku separuh dan hanya mengambil sejenis sayur saja setiap kali makan.

“Makan satu jenis sayur saja tidak bagus untuk kesihatan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai jenis serat dan warna sayur-sayuran yang elok.

DR NOOR AZMI

“Jika tidak makan sayur akan kurang zat dan melebihkan pengambilan gula serta karbohidrat ringkas, ia akan menyebabkan sebatian organik itu terbenam dalam badan sebagai lemak.

“Kemudiannya akan pergi ke hati sehingga menjadikan penyakit hati berlemak dan akhirnya ia tidak berfungsi dengan baik sehingga sistem dalam badan kita rosak serta berlakunya penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk penyakit jantung dan buah pinggang,” katanya selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (NIH) ke-23 di Shah Alam hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, NHMS 2019 mendapati nisbah 1:15 peratus penduduk negara ini mempunyai penyakit obesiti dan mereka yang mempunyai lemak besar di perut dengan ukur lilit pinggang iaitu lelaki melebihi 90 sentimeter (cm) dan perempuan 80 cm.

“NCD ini umpama bom jangka jika dibiarkan dan kita menggalakkan masyarakat menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional supaya memastikan mereka peduli pada kesihatan mereka,” katanya.

Susulan itu, katanya, untuk NHMS akan datang, kerajaan akan menubuhkan satu Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan untuk meningkatkan kefahaman dan penggunaan fasiliti kesihatan yang sedia ada kini. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.