nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

WHO isytihar cacar monyet darurat kesihatan global

24 JULAI : Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

“Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa,” umum Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara,” tulisnya dalam catatan di Twitter.

“Sejak itu, penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian.”

Pada 23 Jun lalu, WHO menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) yang terdiri daripada pakar bagi memutuskan sama ada cacar monyet menunjukkan ciri-ciri yang boleh menggolongkannya sebagai darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Bagaimanapun, majoriti anggota jawatankuasa itu menasihati Tedros bahawa keadaan pada ketika itu belum mencapai ambang tahap amaran terbabit.

Mesyuarat kedua diadakan Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan semakin meningkat, dengan Tedros meluahkan kebimbangannya.

“Saya memerlukan nasihat anda untuk menilai implikasi kesihatan awam pada jangka segera dan pertengahan,” Tedros memberitahu mesyuarat itu yang diadakan selama lebih enam jam.

Bagaimanapun, seorang pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas Jumaat lalu.

“Sejak EC #cacarmonyet hanya beberapa minggu lalu, kami sudah menyaksikan kenaikan tinggi pada jumlah kes. Tidak dapat dielakkan bahawa kes akan meningkat secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang. Itulah sebabnya @DrTedros perlu mengisytiharkan darurat global,” kata Lawrence Gostin, Pengarah Pusat Kolaborasi WHO mengenai Undang-Undang Kesihatan Nasional dan Global, di Twitter.

“Kegagalan untuk bertindak akan membawa padah buruk kepada kesihatan global,” beliau memberi amaran. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.