nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengintipan atasi penyelewengan minyak masak dipertingkat

25 JULAI : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melahirkan keyakinan dapat mengatasi isu penyelewengan minyak masak bersubsidi dapat diatasi dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid berkata sistem audit sedang dijalankan terhadap setiap syarikat yang diberikan lesen untuk pembungkusan minyak masak bersubsidi.

“Berkaitan penguatkuasaan dan kebocoran ini kita mempertingkatkan lagi penguatkuasaan dan intipan serta sistem audit di semua syarikat-syarikat yang telah diberi kebenaran untuk membungkus minyak ini untuk pastikan tiada kebocoran.

“Kebocoran antaranya dikesan ada antara pembungkus kepada luar negara dan ada juga daripada pemborong luar negara. Jadi dengan sistem audit yang dibuat ini kita dapat lihat di mana kebocoran tersebut dan isnya-Allah dapat diatasi dalam masa terdekat walau tak dapat atasi sepenuhnya tapi kita cuba kurangkan.

“Ditambah dengan harga komoditi yang makin berkurangan dan penyeludupan ini semakin berkurangan mungkin kerana penguatkuasaan yang semakin ketat sekarang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membangkitkan soal ikhtiar kerajaan dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan terhadap penyelewengan minyak masak bersubsidi itu.

Menurut Rosol juga sehingga kini kerajaan telah mengesan lebih 14 syarikat yang menyeleweng minyak masak bersubsidi termasuk terlibat dalam penyeludupan ke negara jiran.

“Setakat ini lebih daripada 14 syarikat yang telah ditarik balik dan (akan melalui) proses penghakiman di mahkamah berkaitan ketirisan atau penyeludupan minyak di negara jiran,” katanya.

Sebelumnya Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bertanya kepada kementerian tentang pertimbangan kerajaan untuk meneruskan subsidi minyak masak tulen botol sehingga penghujung tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat berikutan kos barangan mentah kini yang mengalami kenaikan mendadak.

Menurut Rosol penamatan subsidi minyak masak botol pada awal bulan ini bukan bermakna kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat.

“Seperti yang semua sedia maklum subsidi minyak botol tidak lagi diteruskan bermula 1 Julai 2022. Kerajaan sebelum ini memberikan subsidi sementara bagi minyak masak botol 1kg hingga 5kg bermula Ogos 2021 hingga Jun 2022 untuk mengurangkan beban rakyat.

“Penamatan ini tidak bermakna kerajaan tidak prihatin terhadap apa yang dialami rakyat ketika itu. Sehingga kini kerajaan masih meneruskan skim penstabilan harga minyak masak untuk 1 kg dengan harga runcit RM2.50,” katanya.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.