nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Najib lantik Hisyam Teh Poh Teik ganti Muhammad Shafiee

26 JULAI : Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberhentikan dengan serta- merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan-rayuan jenayah membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang dialamatkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, yang diperoleh pihak media.

Menurut surat yang ditandatangani peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan bahawa pihaknya menerima sesalinan surat berhubung perkara itu daripada bekas perdana menteri itu, semalam (25 Julai) pukul 5 petang.

Katanya menerusi surat yang sama, Najib telah memaklumkan bahawa beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

Firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) yang baharu dilantik Najib dalam suratnya dialamatkan kepada Pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bekas perdana menteri itu melantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama dan Liew Teck Huat serta Rueben Mathiaravanam, sebagai peguam bersama.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST yang dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hari ini.

“Untuk makluman mahkamah, salinan digital bagi kesemua rekod rayuan kertas kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan, dan kertas kausa bagi meminda notis usul telahpun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lepas dan mereka juga telah dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh yang berkaitan dengan rayuan-rayuan ini,” kata Muhammad Shafee dalam surat itu.

Tetuan Shafee & Co mewakili Najib dalam kes SRC sejak Ahli Parlimen Pekan itu dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.

Pada Mei lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.