nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dana asing: AMK tuntut siasatan menyeluruh

17 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut pihak berkuasa menyiasat pendedahan berkait dakwaan penyaluran dana asing kepada ahli politik, individu serta pertubuhan tertentu.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata perkara itu bukan lagi boleh dianggap sekadar polemik politik biasa.

Katanya, AMK memandang serius pendedahan itu di mana dana itu dipercayai digunakan bagi menggerakkan propaganda politik, operasi tentera siber dan provokasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia.

“Ia menyentuh soal keselamatan, kedaulatan politik serta kestabilan institusi demokrasi negara.

“Mana-mana gerakan yang menerima dan menyalahguna pembiayaan luar untuk mencatur naratif politik domestik secara tersusun perlu disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamil menyebut, laporan serta maklumat yang beredar ketika ini mendakwa wujud transaksi kewangan melibatkan The Tides Foundation yang berpangkalan di Amerika Syarikat kepada sebuah syarikat tempatan iaitu MANDIRI Development Centre Sdn. Bhd. (MANDIRI) melalui beberapa transaksi bernilai keseluruhan lebih RM1.5 juta.

Katanya, ia membabitkan tiga transaksi bertarikh 27 November 2024 berjumlah RM 233,322.20, 12 Mac 2025 berjumlah RM 658,555 dan pada 6 Jun 2025 berjumlah RM 628,270.

“Maklumat tersebut juga mendakwa bahawa sepanjang tahun 2024 hingga 2025, sebanyak tujuh transaksi berjumlah RM 686,729 telah dibuat terhadap Amir Hariri Abd Hadi dan beberapa individu lain yang dikaitkan dengan MANDIRI.

“Dana tersebut turut didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan politik pihak tertentu termasuk pembiayaan operasi media sosial serta mobilisasi protes jalanan bagi tujuan membina persepsi dan naratif kebencian terhadap kerajaan seterusnya menggugat kestabilan politik negara,” katanya.

Tegas Kamil, sekiranya dakwaan itu benar, maka perkara tersebut adalah sesuatu yang amat berbahaya.

“Malaysia tidak boleh sesekali menjadi medan eksperimen geopolitik kuasa asing yang mahu mencatur landskap politik negara melalui proksi tempatan.

“Campur tangan sebegini bukan sahaja menghakis kedaulatan negara, malah berpotensi mencetuskan ketidaktentuan politik yang akhirnya memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat, keyakinan pelabur dan kestabilan sosial negara,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, AMK menegaskan bahawa alasan kebebasan dan demokrasi tidak boleh dijadikan perisai untuk menghalalkan sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan serta penyelewangan dana asing bagi kegiatan politik yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“AMK mendesak agar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia serta agensi keselamatan berkaitan segera menjalankan siasatan terperinci, bebas dan menyeluruh terhadap semua pihak yang dikaitkan dalam pendedahan ini tanpa mengira latar belakang politik atau kedudukan mereka.

“Sebarang pelanggaran undang-undang perlu diambil tindakan tegas di bawah peruntukan sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, AMLA dan Akta Pertubuhan 1966 sekiranya terdapat unsur ancaman terhadap keselamatan negara, pengubahan wang haram atau penyalahgunaan dana asing untuk tujuan politik yang menyalahi undang-undang,” katanya lagi.

Tambahnya, dalam keadaan Malaysia sedang berdepan cabaran ekonomi global yang semakin mencabar, negara memerlukan kestabilan politik dan keyakinan institusi yang kukuh.

“Sebarang usaha bagi tujuan menggugat kestabilan negara melalui pembiayaan asing dan manipulasi politik secara tersusun mesti dihentikan segera sebelum ia menjadi ancaman yang lebih besar kepada masa depan negara.

“Rakyat Malaysia sewajarnya diberikan penjelasan tuntas, manakala tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu diambil segera bagi membuktikan bahawa kedaulatan negara tidak boleh dipersendakan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.