nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasukan khas pastikan kanak-kanak lepasan JKM dapat lanjut pelajaran

28 JULAI : Satu pasukan khas akan diwujudkan dengan disertai oleh agensi-agensi Kerajaan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melanjutkan pelajaran baik dalam bidang kemahiran mahupun akademik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan amat mengambil berat tentang soal pemerkasaan kanak-kanak lepasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menjamin masa depan golongan itu, di mana mereka yang berusia 18 tahun lazimnya tidak lagi ditanggung oleh JKM menyebabkan ada dalam kalangan mereka tercicir.

“Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau Goverment Linked Company (GLC) akan bertanggungjawab 2 menyediakan dana pendidikan dan dana penempatan serta laluan kerjaya, manakala Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menjadi penjamin bagi membantu kanak-kanak lepasan institusi yang tiada dokumen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

“Begitu juga PERKESO dan MARA yang berperanan dalam menyediakan latihan serta peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian.

“Kesemua bantuan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022 hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Sementara itu, kata Ismail Sabri lagi, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap Kementerian dan agensi dalam usaha untuk meneroka potensi wanita dalam ekonomi dan mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.

Jelasnya, sehubungan itu, GFT akan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang ahli bagi mengkoordinasi dan melaksanakan inisiatif untuk mencapai kesaksamaan gender.

“Dalam pada itu, mesyuarat turut menzahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah siber yang semakin meningkat. Sejak 2016 sehingga 2021 dilaporkan terdapat hampir 82,000 kes penipuan siber melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM2.21 bilion.

“Menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat tentang risiko penipuan dalam talian, Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber diwujudkan.

“Ia bagi melahirkan warga siber yang 3 berpengetahuan dan bertanggungjawab serta melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber,” katanya.

Begitu juga Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 membuktikan komitmen Kerajaan dalam menangani isu gangguan seksual di negara ini, ujar Ismail Sabri lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.