nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Antilompat Parti lulus dengan lebih dua pertiga majoriti

28 JULAI : Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

Undi belah bahagian yang dimulakan pada jam 4.49 petang itu di mana seramai 209 Ahli Parlimen menyokong, tiada yang membangkang manakala 11 lagi tidak hadir.

RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Ia diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan blok pembangkang bagaimapun, sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat BERSATU.

RUU berkenaan memperuntukkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti, baik dalam gabungan sama atau berbeza akan kehilangan kerusi Parlimen disandang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tengku Jaafar, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen semasa sesi penggulungan berkata, Ahli Dewan Rakyat yang meninggalkan parti politiknya selepas menang pilihan raya untuk menjadi wakil rakyat Bebas juga perlu mengosongkan kerusi disandang.

Kata Wan Junaidi, RUU itu turut memperuntukkan beberapa pengecualian kepada wakil rakyat yang bertukar parti, antaranya Ahli Dewan Rakyat dipecat daripada partinya tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen disandang.

Datuk Seri Wan Junaidi Tengku Jaafar

Pengecualian itu turut diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pada masa sama, RUU itu turut menyediakan peruntukan sama untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan memasukkan seksyen baharu 7A ke dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, beberapa Ahli Parlimen turut membangkitkan mengenai wakil rakyat Bebas atau yang menganggotai parti tertentu, namun bertanding atas logo pihak lain.

Wan Junaidi menjelaskan bagi menjawab persoalan tersebut, wakil rakyat berkenaan tidak dianggap melompat parti jika kembali sebagai ahli partinya atau kekal sebagai Bebas selepas menang pilihan raya, walaupun bertanding menggunakan logo pihak lain.

Berhubung pemecatan wakil rakyat daripada partinya kerana bertindak bertentangan pendirian parti dalam Dewan Rakyat, beliau memaklumkan RUU itu tidak memerlukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipecat untuk mengosongkan kerusi.

“Mereka hanya perlu mengosongkan kerusi disandang sekiranya termaktub dalam perlembagaan parti, bahawa wakil rakyat itu perlu berbuat demikian sekiranya bertindak melanggar keputusan dan pendirian parti,” katanya.

Kata Wan Junaidi lagi, apabila RUU diluluskan, satu sesi libat urus akan diadakan bersama Ahli Dewan Negara pada 8 Ogos 2022.

Bacaan kali pertama di Dewan Negara adalah pada 9 Ogos 2022 diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos 2022.

“Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan di antara 11 hingga 26 Ogos 2022 untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka bakal dibuat di antara 29 Ogos hingga 2 September 2022,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.