nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permintaan bon Malaysia kekal kukuh

1 OGOS : Hasil bon domestik dijangka mengekalkan aliran penurunan pada minggu ini berikutan permintaan terhadap bon tempatan kekal kukuh, manakala hasil bon global merosot susulan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Permintaan asing ke atas bon tempatan mungkin meningkat pada Ogos berikutan jangkaan penurunan pada Julai selepas kenaikan kadar 50 mata asas (bps) oleh Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih besar daripada jangkaan, kenaikan 75 bps lagi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan bon domestik bernilai RM19.0 bilion yang telah matang.

Bagaimanapun, menurutnya, aliran portfolio asing akan kekal mengalami tekanan daripada sentimen mengelakkan risiko global berikutan kemelesetan masih menjadi kebimbangan utama.

“Permintaan terhadap bon domestik kekal teguh pada minggu lalu, didorong hasil bon global yang rendah berikutan kemelesetan masih menjadi kerisauan utama dan walaupun Fed AS menaikkan kadar sebanyak 75 bps lagi.

“Oleh itu, jumlah dagangan mingguan bagi bon kerajaan menokok 16.1 peratus kepada RM16.65 bilion berbanding RM14.34 bilion pada minggu sebelumnya,” katanya.

Menurut bank pelaburan itu, hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) menguncup pada minggu lalu dan bergerak secara keseluruhannya di antara -14.7 bps hingga -1.5 bps.

MGS 10 tahun merosot 8.9 bps kepada 3.926 peratus yang mencatatkan paras terendah sejak Mac, manakala MGS 30 tahun berkurangan 14.7 bps kepada 4.578 peratus.

“Bagi prospek jangka panjang, kami telah menyemak turun sasaran hasil MGS 10 tahun bagi akhir 2022 kepada 4.35 peratus daripada 4.60 peratus sebelum ini berikutan hasil bon global mungkin lebih rendah daripada jangkaan awal, di tengah-tengah risiko kemelesetan,” katanya.

Dalam pada itu, Kenanga IB berkata ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada minggu lepas susulan laporan bahawa ekonomi AS telah mengalami kemelesetan teknikal.

Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak didagangkan di bawah paras RM4.45 disebabkan kekurangan pemangkin domestik.

“Oleh itu, kami mengunjurkan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS pada minggu ini dalam keadaan ketidakstabilan pasaran global,” katanya sambil menambah bahawa model teknikal menyatakan ringgit merosot berbanding dolar AS sebanyak 0.06 peratus kepada RM4.453.-BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.