nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBB bidas syarikat minyak, gas sebagai tamak haloba

3 OGOS : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, membidas syarikat minyak dan gas yang disifatkan sebagai ‘tamak haloba’ kerana mengaut keuntungan lumayan daripada krisis tenaga yang membebankan penduduk miskin di dunia.

Malah, beliau melihatnya sebagai ‘tidak bermoral’ apabila syarikat-syarikat tenaga terbesar global mencatat keuntungan berjumlah hampir AS$100 bilion dalam suku pertama tahun ini.

Justeru, Guterres menggesa semua kerajaan supaya mengenakan cukai ke atas keuntungan berlebihan itu, dan menggunakan dana berkenaan untuk membantu golongan rentan menempuhi waktu sukar ketika ini.

Bukan itu saja, beliau juga meminta orang ramai menghantar mesej kepada industri bahan api fosil dan pembiaya mereka, dengan mendakwa bahawa ‘sikap tamak haloba itu menghukum golongan miskin serta rentan, dan pada masa sama memusnahkan planet kita.

‘”Kita melihat keuntungan berlebihan serta memeranjatkan diraih industri minyak dan gas ketika kita semua kehilangan wang akibat inflasi mencecah kira-kira tujuh hingga lapan peratus.

“Tiada tindakan lebih popular berbanding mengenakan cukai ke atas keuntungan berlebihan itu, dan mengagihkan wang terbabit kepada keluarga rentan,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran laporan oleh Kumpulan Tindak Balas Krisis Global yang ditubuhkannya untuk menangani krisis saling berkait membabitkan makanan, tenaga dan kewangan.

Krisis itu menjejaskan negara yang berusaha pulih daripada pandemik COVID-19 dan terpaksa berdepan impak memeritkan daripada peperangan di Ukraine.

Kumpulan terbabit sudah mengemukakan cadangan berhubung krisis makanan serta kewangan, dengan Guterres percaya ada beberapa kemajuan dalam perkara berkenaan terutama makanan.

Laporan dikeluarkan semalam itu memfokus kepada krisis tenaga.Dalam pada itu, Guterres berharap penghantaran eksport bijirin yang pertama dari Ukraine sejak peperangan meletus di Kyiv, dapat membantu memenuhi keperluan bekalan makanan.

Kapal pertama itu meninggalkan Ukraine menuju ke Lubnan, semalam, selepas menjalani pemeriksaan selama kira-kira tiga jam di perairan Turkiye.

Guterres berkata, kekangan untuk membawa bijirin dan baja memasuki pasaran dunia ketika peperangan itu menyebabkan harga makanan melonjak tinggi.

Namun, beliau memaklumkan, harga kebanyakan bahan makanan dan baja kini mencatat ‘penurunan signifikan’ kembali kepada lebih kurang kadar sebelum peperangan.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna roti di bakeri sekarang dijual pada harga sama seperti sebelum peperangan.

“Ini kerana ia membabitkan sebut harga dalam pasaran borong, dengan sebahagiannya berkait niaga hadapan,” katanya sambil menjelaskan ada banyak faktor lain turut menyumbang kepada lonjakan harga, termasuk kos pengangkutan dan insurans serta gangguan rantaian bekalan.

Sementara itu Setiausaha Agung Persidangan PBB Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Rebeca Grynspan yang menyelaraskan kumpulan tindak balas krisis berkenaan, berkata harga gandum menurun hampir 50 peratus daripada kemuncaknya; harga jagung dan baja menurun hampir 25 peratus pada bulan lalu; manakala harga minyak mentah kini adalah kira-kira AS$93 berbanding AS$120 setong pada Jun lalu.

“Hanya gas asli bertentangan trend ini dan harganya masih lebih tinggi berbanding sebulan lalu,” katanya dari Geneva kepada pemberita. –

Get real time updates directly on you device, subscribe now.