nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LCS : Laporan PAC tidak tepat kerana berdasarkan maklumat tahun 2020

13 OGOS : Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ir Azhar Jumaat menegaskan terdapat perbezaan fakta berhubung tahap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS)  dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana laporan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat pada November 2020.

Jelasnya, wujud perbezaan masa sekurang-kurangnya setahun setengah dan sudah tentu peratusan perkembangan pembinaan LCS terkini berbeza daripada apa yang terdapat dalam laporan PAC itu.

Azhar berkata, lima LCS yang masih dalam pembinaan tahap sebenarnya sudah mencapai antara 22 hingga 60 peratus.

“Kapal pertama sudah mencapai tahap 60 peratus diikuti kapal kedua sebanyak 48 peratus, kapal ketiga (43 peratus), kapal keempat (36 peratus) dan kapal kelima pula sebanyak (22 peratus).

“Kapal kedua dan seterusnya kini dalam proses pemasangan peralatan serta kelengkapan yang diperlukan.

“Perkembangan terbaharu itu berdasarkan kerja fizikal yang dilaksanakan dan telah dibentangkan kepada Jemaah Kabinet, April lalu,” katanya ketika sesi taklimat lawatan bersama media ke tapak pembinaan LCS di Lumut hari ini.

Beliau juga menjelaskan, kebanyakan peralatan kapal pertama sudah dipasang kecuali beberapa kelengkapan lain membabitkan elektronik kerana bimbang ia mungkin terkesan akibat cuaca panas jika dipasang awal.

Seramai 48 wakil agensi media tempatan diberi peluang melawat tapak pembinaan LCS selain diberi taklimat mengenai isu yang menyelubungi projek berkenaan.

Dalam pada itu, Azhar turut menegaskan, dakwaan kononnya pembinaan LCS sebagai projek halimunan dan diperbuat daripada kayu adalah tidak benar.

“Ramai buat dakwaan halimunan, kapal diperbuat daripada kayu dan mendakwa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

Seramai 48 wakil agensi media di bawa melawat ke tapak pembinaan kapal tempur persisir (LCS) Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) di Lumut hari ini.

“Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami. Anda boleh lihat lima kapal LCS ini sedang dibangunkan dan ini adalah apa yang dilakukan dengan lebih RM6 bilion yang kami terima,” tegasnya.

Ditanya tempoh projek terbabit dapat disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, Azhar berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Saya tak boleh nak cakap bila, MINDEF akan umum,” katanya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berharap kapal pertama LCS diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi untuk diserahkan kepada TLDM.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi tempoh sebenar bagi kapal LCS untuk siap sepenuhnya kerana Kabinet memberi tempoh enam bulan kepada kementeriannya untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek pembinaan kapal berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.