nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan termakan dakwaan syarikat asing tidak minat Malaysia

14 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati rakyat supaya jangan termakan dengan dakwaan bahawa syarikat asing tidak minat lagi dengan Malaysia.

Ini kerana pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan angka rekod tertinggi pada Suku ke-4 2021 dengan RM26.7 bilion, disusuli dengan RM23.3 bilion pada Suku Pertama 2022.

Katanya, dengan pengumuman terbaru kemasukan FDI pada Suku Kedua 2022 sebanyak RM24.1 bilion, jumlah pelaburan FDI selama sembilan bulan sahaja adalah sebanyak RM74.1 bilion.

Malah menurut Ismail Sabri, dalam tempoh sembilan bulan ini sahaja sudah mengatasi jumlah FDI tahunan pada tahun 2021, 2020 dan 2019.

“Janganlah kita termakan dengan dakwaan bahawa syarikat asing tidak minat lagi dengan Malaysia. Data menjadi saksi. Dan saya sendiri menjadi saksi, dalam lawatan-lawatan ke luar negara, mahupun apabila syarikat asing bertemu dengan saya di sini, ternyata jika kepimpinan negara terurus baik, Malaysia tetap menjadi pilihan utama pelabur,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berucap di Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN)  di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, bukan sahaja FDI, malah nilai jualan borong dan runcit negara juga mencatatkan prestasi terbaik sejak 2013 dengan data terkini RM132.8 bilion untuk Jun 2022.

“Nilai jualan sektor pembuatan pula tidak kurang hebatnya, melonjak 23.4 peratus kepada RM153.5 bilion juga pada Jun 2022”.

“ Semua angka yang saya sebut ini telah menyumbang kepada indikator paling besar yang diumumkan kelmarin iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita, atau dalam erti kata lain pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua 2022, memecut ke angka 8.9 peratus. Angka ini ialah yang paling tinggi di Asia Tenggara,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan hari ini bersifat inklusif dan tidak mahu sesiapapun tertinggal daripada arus pembangunan negara termasuk golongan wanita.

Menurut Ismail Sabri, pada November tahun lalu, Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan sehingga ke peringkat negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.