nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ganjaran RM20,000 menanti atlet SUKIPT 2022

14 OGOS :  Ganjaran wang tunai berjumlah RM20,000 menanti atlet Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 yang berjaya mencatat rekod kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini  ketika mengumumkan perkara itu, mencabar atlet yang bertanding dalam penganjuran sukan dwitahunan itu untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tanpa mengira apa jenis sukan.

“Hari ini, saya juga ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya, kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000.00. Kepada semua atlet, selamat berjuang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SUKIPT 2022 di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Perdana Menteri mengakui beliau menaruh harapan cukup besar supaya program seumpama SUKIPT dapat membentuk dan melahirkan lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

Beliau menegaskan, banyak perkara sebenarnya boleh dikaitkan dengan sukan dan bukan hanya bertujuan untuk sihat, sebaliknya turut mengajar tentang disiplin, semangat berpasukan, strategi, membuat keputusan dan sebagainya.

Malah, katanya sukan juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam Keluarga Malaysia.

“Lihat sahaja ketika ada perlawanan bola sepak atau badminton, lebih-lebih lagi di peringkat dunia tanpa mengira kaum dan agama, kita duduk semeja bersama rakan-rakan di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara.

“Hakikatnya sukan berupaya memberikan auranya yang tersendiri, bukan sahaja dalam kalangan yang bertanding, tetapi juga kepada yang menonton,” katanya.

Memberi contoh, Ismail Sabri berkata, insiden tular di media sosial baru-baru ini iaitu mengenai kisah jurulatih badminton negara, Hendrawan, yang memberikan kasutnya kepada Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel 2022 baru-baru ini, supaya pemain Jamaica itu boleh meneruskan permainan.

Malah, katanya tindakan Siti Shazwana Ajak ketika Sukan SEA Vietnam juga boleh dijadikan contoh apabila pesilat negara itu melindungi dan menutup rambut lawannya yang tercabut tudung.

“Inilah semangat kesukanan yang mengatasi segalanya. Dengan semangat yang tinggi, persaingan tidak menjadi isu.

“Semangat inilah yang perlu ada dan menjadi salah satu teras dalam Keluarga Malaysia iaitu keterbukaan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana berjaya menempatkan diri pada kedudukan kedua keseluruhan dalam Sukan Universiti ASEAN ke-20 (AUG 2022) yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 6 Ogos lalu di Ubon, Thailand.

Lebih membanggakan, katanya pungutan pingat jauh melepasi sasaran ditetapkan.

“Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan. Hebat belaka anak-anak muda kita,” katanya.

Temasya SUKIPT yang sudah memasuki edisi kelima, berlangsung sehingga 21 Ogos ini mempertandingkan 21 jenis sukan dan membabitkan penyertaan 66 universiti seluruh Malaysia.

SUKIPT sebahagian usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.