nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM lulus 4,053 jawatan tetap daripada 8,672 permohonan

16 OGOS : Sebanyak 4,053 daripada 8,672 permohonan awal ke jawatan tetap membabitkan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak bagi tahun ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merangkumi pegawai perubatan seramai 3,215 orang, pegawai pergigian (438) dan pegawai farmasi (400) manakala calon simpanan ialah 225 orang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini adalah penambahan jawatan tetap paling tinggi sejak 2016 sejak dasar kontrak dimulakan.

“Selepas ini, kita ada sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap setiap tahun yang akan kita tawarkan kepada pegawai kontrak,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara panel dalam sesi Dialog Polisi ‘The Future of Our Healthcare’ sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini, hari ini.

Katanya lagi, KKM akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi menentukan sama ada mereka yang tidak berjaya memohon jawatan tetap boleh memohon semula atau sebaliknya.

“Saya faham ada yang kecewa sebab itu KKM akan melihat selepas kita bincang dengan MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) laluan kerjaya untuk mereka yang tak dapat jawatan tetap, sekurang-kurangnya memastikan mereka dapat insentif baik dan diberi peluang sambung latihan mereka di peringkat kepakaran dan subkepakaran,” katanya.

Khairy berkata, KKM juga sedang melihat model yang sesuai sama ada sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu ditubuhkan mengikut undang-undang atau secara pentadbiran.

Beliau berkata, perkara itu bukan fokus utama KKM ketika ini namun akan turut dibincangkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentang di Parlimen pada hujung tahun ini.

“Kalau tanya KKM, tentulah kita perlukan suruhanjaya kita sendiri, jadi kita tidak tertakluk kepada dasar biasa di bawah SPA, contohnya kalau kita nak perjuangkan elaun tertentu dalam KKM, kita tertakluk dengan dasar umum JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), maknanya dasar ini mesti sama dengan perkhidmatan lain.

“Kita mulakan selangkah demi selangkah pada satu-satu masa, kita nak ada suruhanjaya sendiri tetapi bila mahu minta atau lulus, boleh dibincangkan dalam rangka-rangka Kertas Putih Kesihatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.