nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belian lewat syarikat Telco dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi

16 OGOS : Belian lewat dalam syarikat telekomunikasi (telco) berkaitan indeks terpilih menyokong Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras tertinggi hariannya di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran serantau, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.77 mata untuk ditutup kepada 1,518.78 berbanding paras penutup 1,504.01 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka 0.08 mata lebih tinggi kepada 1,504.09 pagi ini mencecah paras rendah 1,503.86 semasa sesi dagangan awal.

Suasana pasaran juga positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 berbanding 399, manakala 443 kaunter tidak berubah, 954 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.69 bilion unit bernilai RM2.22 bilion daripada 2.54 bilion unit bernilai RM1.73 bilion pada Isnin.

Digi.Com dan Axiata menjadi antara penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks komposit, meningkat 21 sen dan 17 sen masing-masing kepada RM3.86 dan RM3.08, menyumbang gabungan 5.44 mata.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup tinggi dengan belian kebanyakannya dalam sektor telekomunikasi dan perladangan.

“Pasaran utama serantau rata-ratanya ditutup rendah berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan global susulan pengumuman data China yang lemah yang menjejaskan harga minyak dan mata wang berkaitan komoditi.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI melepasi paras ketahanan 1,510 hasil daripada sokongan belian asing yang berterusan,” katanya.

Pada penilaian semasa, Pak Leng berkata, indeks petunjuk pasaran itu masih didagangkan pada diskaun berbanding pasaran serantau, oleh itu, momentum belian dijangka berterusan buat masa ini.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI bergerak lebih tinggi dalam jajaran 1,510-1,530 bagi tempoh berbaki minggu ini dengan paras ketahanan segera pada 1,530 dan paras sokongan pada 1,500,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank meningkat 6.0 sen kepada RM8.97, CIMB naik 2.0 sen kepada RM5.45, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.49, manakala Public Bank berkurangan 1.0 sen kepada RM4.65 dan Petronas Chemicals turun 3.0 sen kepada RM8.75.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hartalega turun 9.0 sen kepada RM1.77, Borneo Oil tidak berubah pada 2.5 sen, Kossan Rubber naik 2.5 sen kepada RM1.01, Top Glove meningkat 4.0 sen kepada RM83.5 sen dan Metronic Global menambah setengah sen kepada 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 92.39 mata kepada 10,498.16, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 132.37 mata kepada 10,901.91, FBM 70 naik 73.43 mata kepada 12,780.83, FBM ACE menokok 8.82 mata kepada 4,968.28 manakala Indeks FBM Emas menambah 88.99 mata kepada 10,749.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 33.51 mata kepada 16,811.34, Indeks Perladangan naik 97.16 mata kepada 7,258.72, indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.78 mata kepada 183.88 dan Indeks Tenaga naik 0.09 mata kepada 657.51.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.84 bilion saham bernilai RM1.97 bilion daripada 1.80 bilion saham bernilai RM1.48 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 424.16 juta unit bernilai RM54.67 juta berbanding 327.27 juta unit bernilai RM46.61 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 432.09 juta saham bernilai RM194.37 juta daripada 421.02 juta saham bernilai RM205.61 juta pada Isnin.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 216.39 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (557.95 juta), pembinaan (36.31 juta), teknologi (192.97 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (54.95 juta), hartanah (97.78 juta), perladangan (30.06 juta), REITs (8.68 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (83.20 juta), penjagaan kesihatan (429.26 juta), telekomunikasi dan media (78.79 juta), pengangkutan dan logistik (24.21 juta) dan utiliti (25.31 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.