nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sedia pertimbang pertingkat peruntukan kepada KKM

20 OGOS : Kerajaan sedia memberi pertimbangan sewajarnya untuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 (Bajet 2023) yang dijangka dibentangkan Oktober nanti memandangkan KKM merupakan antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sewaktu mesyuarat penyelarasan projek-projek pembangunan di bawah RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), baru-bar ini, beliau dimaklumkan bahawa KKM perlu dibantu dalam bajet yang akan datang.

“Saya ingat lagi YB KJ (Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin) angkat tangan minta (naikkan peruntukan) lima peratus daripada GDP (KDNK). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.

“Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancang Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan bajet (yang dibentangkan) tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hospital Bera hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau memahami keperluan KKM mendapatkan peruntukan yang tinggi kerana Malaysia akan menjadi negara tua pada 2040, sekali gus berhadapan dengan perbelanjaan kesihatan yang tinggi.

Ismail Sabri berkata beliau juga menyedari bahawa negara-negara tua lain telah meningkatkan bajet kesihatan masing-masing, kerana terdapat pertambahan kemasukan warga tua di hospital.

Katanya pembinaan Hospital Bera juga menjadi bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam membangun serta menyediakan kemudahan kesihatan, bagi Keluarga Malaysia menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti.

“Saya sempat meninjau perkembangan pembinaan hospital ini pada Oktober tahun lalu yang ketika itu sudah siap 98 peratus, selepas terbengkalai sejak sekian lama akibat kegagalan kontraktor.

“Alhamdulillah, akhirnya hospital yang mula dibina pada 2010 berjaya juga disiapkan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan pihak berkepentingan yang lain, kerana bekerjasama merealisasikan pembinaan Hospital Bera ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang menjadi tulang belakang penting dalam merealisasikan pembinaan Hospital Bera.

“Almarhum Tuanku yang bertanggungjawab menjadikan hospital ini hari ini. Pada waktu itu saya Ahli Parlimen Bera ada beritahu Tuanku, anak-anak Bera ramai menjadi anak seperti negeri lain seperti Negeri Sembilan kerana duduk bersempadan dan ada hospital paling dekat.

“Almarhum Tuanku kata saya selesaikan perkara ini dan dalam masa tak sampai dua bulan Almarhum ‘call’ saya, beritahu Almarhum jumpa (Tan Sri) Dr Chua Soi Lek (bekas Menteri Kesihatan) dan akhirnya inilah sumbangan Almarhum,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.