nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri dahului senarai penerima pingat keputeraan TYT Melaka

24 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)( Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara penerima DCSM, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wira Zaini Jass; Setiausaha Politik Presiden UMNO, Datuk Wira Abdul Halim Muhammad.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Baharin Din dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Wira Johan Aziz.

Sembilan menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak; Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah, Dr Omar Raisul As-Salam Syah AS Omar serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Sumber Manusia, S Suria Kumar.

Mengetuai 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM), juga membawa gelaran Datuk adalah Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, selain Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Penerima lain, Panglima 1 Briged Infantri Malaysia, Brig Jen Datuk Mohd Saifulisham Baharun; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Selain itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman; Pengerusi Bulan Sabit Merah Melaka, Datuk Ramli Mohd Ali; Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka, Borhan Othman Ali dan penyanyi, Amy Search atau nama sebenar, Suhaimi A Rahman.

Bekas anggota bomba yang maut dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, dekat sini pada 20 Oktober lalu, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh menerima Bintang Gagah Perkasa (BGP).

Sukarelawan yang tular kerana sering menyertai misi membantu mangsa banjir di selurh negara, Mohd Azwan Omar atau Abang Viva turut menerima penghargaan apabila dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Seramai 71 orang dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 159 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 258 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 151 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.