nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar menerusi ReDI

27 OGOS :  Agenda digitalisasi khususnya penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna dan peniaga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ReDI yang dipelopori Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.

Katanya lagi,  kini terdapat jurang yang besar dalam pembayaran tanpa tunai antara kawasan bandar dan luar bandar, sedangkan kerajaan berhasrat masyarakat di luar bandar juga tidak terpinggir daripada arus kepesatan ekonomi digital.

“Kerajaan akan terus memastikan agenda digitalisasi menjadi tumpuan utama di semua peringkat termasuklah memperluas kaedah pembayaran secara elektronik ke seluruh pelosok negara.

“Melalui usaha ini, kerajaan yakin peralihan kepada kaedah pembayaran elektronik seperti penggunaan e-dompet bukan sahaja mudah, cepat dan selamat tetapi juga membantu peniaga mengurus perniagaan mereka dengan lebih baik dan efisien,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program ReDI Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Dataran Kerayong, Bera hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

Kerajaan menurut Perdana Menteri menawarkan inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia dengan peruntukan RM2 juta mulai 30 Ogos hingga 31 Dis ini, yang boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker KPDNHEP bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

Ismail Sabri  dalam pada itu turut memaklumkan insentif e-dompet sebanyak RM20 disediakan kepada 1,000 orang selain e-dompet RM100 bagi 1,500 kumpulan sasar terpilih daripada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bera.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri juga berkata kesedaran masyarakat dalam berurus niaga dan mendapatkan sesuatu perkhidmatan secara dalam talian adalah hikmah di sebalik pandemik COVID-19.

“Kini, berurus niaga secara dalam talian menjadi norma baharu, bahkan pembayaran tanpa tunai yang menjadi pemangkin ekonomi digital negara, diunjur menyumbang 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

“Berdasarkan Payment Network Malaysia (PayNet) Digital Payment Insight Study 2022, peratusan rakyat Malaysia menggunakan wang tunai untuk tujuan pembayaran menurun 11 peratus kepada 78 peratus berbanding 89 peratus sebelum pandemik,” katanya.

Antara inisiatif dilaksana bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet ialah e-Pemula melibatkan peruntukan RM300 juta di bawah Bajet 2022, dan memanfaatkan sekitar dua juta belia seluruh negara, yang dilancarkan April lepas.

Pada majlis itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengumumkan sebuah pejabat pintar KPDNHEP yang pertama di Malaysia, lengkap dengan kemudahan digitalisasi terkini dan akan beroperasi di Bera mulai Januari depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.