nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB bincang dengan JPA naikkan gred pengurus PKD

5 SEPT : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan cadangan untuk menaikkan gred perkhidmatan bagi jawatan pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini pengurus PKD diberikan Gred N19 secara kontrak selama setahun dan kementerian melihat gred itu perlu dinaikkan sesuai dengan peranan serta pengalaman mereka.

Beliau berkata kementerian juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.

“Gred mereka ini ialah N19 maknanya kelayakan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), mungkin boleh dinaikkan kepada gred yang lebih tinggi, jadi kita akan bincang dengan JPA. Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD.

“Pada masa ini kontrak mereka ini setahun, tapi selepas kontrak tamat mereka membuat permohonan semula sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula, kemudian tanda tangan semula kontrak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama pengurus PKD seluruh Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya kontrak perkhidmatan pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas.

“Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan dinilai selepas itu diambil semula, kalau markah baik sambung lagi. Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu jadi kesian juga kepada mereka,” katanya.

Menurutnya terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara dengan menjalankan 4,402 program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, Mahdzir turut berpuas hati dengan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah yang berakhir semalam dan berjaya mencatatkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

“Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM, saya ucapkan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri dan pegawai yang terlibat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.