nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin dunia zahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth

9 SEPT : Pemimpin di seluruh pelusuk dunia ‘bersatu’ dalam menyatakan penghormatan terhadap Ratu Elizabeth II, yang mangkat di kediamannya di Scotland pada usia 96 tahun.

Penghormatan dizahirkan dari pelbagai sudut iaitu sama ada negara yang pernah dijajahnya mahupun berperang dengannya.

Begitu juga dari wilayah kecil dan kerajaan besar, institusi yang berabad lamanya sehingga kepada negara yang belum wujud ketika baginda menaiki takhta pada 1952, selain mengetuai 14 negara Komanwel di seluruh dunia.

Komanwel mendahului ucapan penghormatan iaitu persatuan bagi negara yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada empayar British dan pernah berada di bawah jajahan negara itu.

Di Asia Selatan yang pernah dijajah Britain sebelum pemerintahan Ratu Elizabeth bermula, ucapan penghormatan dizahirkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang sedih dengan kemangkatan baginda.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, pula mengenang pengalaman beliau dan Permaisuri bersama mengenai Nelson Mandela, manakala Presiden dipilih Kenya, William Ruto memuji kepimpinan baginda dalam Komanwel.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, memberi penghormatan kepada kesopanan dan kesusilaan baginda selain menyifatkan kemangkatan permaisuri itu menandakan penghujung era.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berkata perkhidmatan baginda kepada Kanada akan kekal sebagai bahagian penting dalam sejarah selain menyifatkan semangat Ratu Elizabeth akan terus kekal dalam kehidupan.

Bermuda iaitu anggota Komanwel terkecil juga memberi penghormatan apabila Perdana Menterinya, David Burt, memuji tugas kuat baginda selama ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pula menyifatkan Ratu Elizabeth adalah permaisuri Raja British yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak di seluruh dunia.

Biden turut mengarahkan bendera di Rumah Putih dan bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan kepada baginda.

“Ratu Elizabeth II adalah seorang negarawan bermaruah dan ketegasannya tiada tandingan… baginda yang menguatkan pakatan asas antara United Kingdom dan AS.

Baginda membantu menjadikan hubungan dua negara ini istimewa,” katanya.

Penghormatan terakhir turut diucapkan oleh negara yang kurang mesra dengan Britain iaitu Presiden Russia, Vladimir Putin, mengucapkan takziah kepada Raja Charles III, selain mendoakan Raja baharu itu dapat mentadbir negara dengan keberanian dan ketabahan selepas ini.

Britain kini menyertai pimpinan Barat dalam mengenakan sekatan ke atas Moscow susulan pencerobohannya terhadap Ukraine sebelum ini.

Jerman, yang pernah menjadi musuh terbesar Britain sebelum sekutu yang kuat pada pentadbiran Ratu Elizabeth, turut menyifatkan baginda sebagai simbol perdamaian selepas dua perang dunia.

“Komitmen baginda terhadap perdamaian Jerman-British selepas Perang Dunia II tidak akan dapat dilupakan,” kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.

Argentina, yang bertempur dan kalah dalam perang sengit dengan Britain ke atas Kepulauan Falkland pada 1982, turut menyatakan rasa sedih dan sesal atas pemergian permaisuri.

Dalam satu kenyataan ringkas daripada kementerian luar negeri, Argentina bersama rakyat Britain dan keluarga baginda dalam mengharungi detik kesedihan ini.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut bertafakur atas pemergian baginda.

Menurut Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres, Ratu Elizabeth dikagumi secara meluas kerana budi, maruah dan dedikasinya di seluruh dunia.

Di Vatican, Pope Francis turut mendoakan mendiang permaisuri serta Raja Charles.

Sementara itu, pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Charles Michel pula berkata, dengan gelaran ‘Elizabeth the Steadfast’ (Elizabeth yang tegas), baginda tidak pernah gagal menunjukkan kepentingan nilai yang berkekalan dalam dunia moden.

Raja Belgium yang mempunyai hubungan kekeluargaan rapat dengan golongan bangsawan British, Philippe memuji baginda kerana mempunyai personaliti luar biasa.

Raja Willem-Alexander dari Belanda, Ratu Maxima dan Puteri Beatrix berkata mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan United Kingdom dan keluarga diraja, serta berkongsi kesedihan mereka pada masa ini.

Raja Carl XVI Gustaf dari Sweden menyifatkan baginda sebagai rakan baik keluarganya dan penghubung kepada sejarah keluarga mereka manakala Raja Sepanyol Felipe VI pula berkata baginda mencatat sejarah yang paling relevan sepanjang pentadbirannya.

Presiden Ireland, Michael Higgins menggelarkan Ratu Elizabeth II sebagai rakan yang luar biasa dan membawa kesan yang besar terhadap ikatan persefahaman antara rakyat dua negara.

Pemimpin Scotland, Nicola Sturgeon, yang menyokong kemerdekaan Scotland dari seluruh Britain, menyifatkan kematian baginda sebagai saat yang sangat menyedihkan bagi UK, Komanwel dan dunia.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memuji ratu itu sebagai ‘rakan Perancis… yang membawa negara itu kepada satu era baharu’.

Presiden sayap kanan Brazil Jair Bolsonaro, yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan Britain, tidak ketinggalan memberi penghormatan.

Bolsonaro, mengisytiharkan tiga hari berkabung dan menyifatkan baginda sebagai seorang ratu bukan sahaja kepada rakyat Britain, tetapi kepada semua.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.