nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairy nafi tuduhan HKL tukar ubat Najib

13 SEPT : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan tuduhan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menukar ubat darah tinggi yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mengambil ubat original yang dibeli daripada hospital swasta dan HKL pula memberikan beliau ubat generik.

“Jadi, tuduhan bahawa ubat itu ditukar, seolah-olah beri gambaran ubat yang berbeza, tidak benar. Saya baru semak dengan Dr Rosaida (Ketua Perkhidmatan Gastroenterology KKM, Dr Rosaida Md Said), kita beri ubat yang sama, generik, bukan ubat original tapi generik. Ubat generik ini sama saja bagusnya, memang kandungan yang sama dengan ubat original.

“Ramai yang beri komen kenapa kita perlu buat kenyataan jelaskan sebagainya kerana ia penting. Ini kerana terdapat tuduhan daripada pegawai dan ahli keluarga Datuk Seri Najib bahawa seolah-olah ubat itu ditukar kepada ubat lain, di mana perkara ini tidak benar.

“Ia disebut dalam kenyataan Tan Sri (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) semalam dan saya sendiri sudah sahkan dengan Dr Rosaida,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Record & Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination: Public-Private Partnership, di Putrajaya hari ini.

Khairy Jamaluddin

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan semalam mengesahkan ubat yang diberikan kepada Najib semasa menerima rawatan di HKL adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian.

Dr Noor Hisham berkata, Ahli Parlimen Pekan itu juga berada dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan pada 9 September lalu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pihak HKL telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri oleh Najib dan ahli keluarganya.

Beliau menambah, keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang tersebut mengikut amalan profesional kedoktoran.

Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.