nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ringgit kekal dalam tekanan berbanding dolar AS

14 SEPT : Ringgit akan kekal dalam tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan jurang kadar yang melebar, manakala kadar dana persekutuan AS akan menjadi lebih tinggi berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang minggu depan, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli.

Beliau berkata pasaran memberikan reaksi terhadap data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang menunjukkan inflasi negara itu kekal tinggi walaupun harga minyak lebih rendah pada Ogos 2022 dan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) sejak beberapa bulan lepas.

“Senario ini menunjukkan inflasi AS masih belum mencapai kemuncak dan Fed dijangka meneruskan kenaikan sebanyak 75 mata asas (bps) lagi dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Firdaos berkata jurang hasil Perbendaharaan tiga tahun dan 10 tahun AS telah mengecil sebanyak 14 bps (setakat ini) — satu isyarat awal kepada kemelesetan di AS.

“Sehubungan itu, pasaran turut menjangkakan kemelesetan di AS yang lebih awal daripada jangkaan berikutan terdapat isyarat lemah di pasaran buruh AS.

“Sentimen keseluruhan dipacu terutamanya oleh AS pada masa ini,” katanya.

Data IHP AS mendapati inflasi adalah lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3 peratus berbanding ramalan 8.1 peratus.

Pada Selasa, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.

Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini, seiring dengan harga minyak lebih rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.

Pada 11 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.5240/5260 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 ketika ditutup semalam.- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.