nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahasiswa main peranan penting corak hala tuju, lakar kejayaan negara

15 SEPT : Peranan mahasiswa amat penting dalam mencorakkan hala tuju dan melakar kejayaan besar buat negara, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata Perdana Menteri, perjuangan terpenting mahasiswa pada ketika ini adalah kekal menjadi satu benteng yang teguh dalam memastikan hubungan Keluarga Malaysia yang majmuk terus erat.

“Saya penuh yakin, mahasiswa berupaya menjelmakan satu gelombang momentum semangat kesetiaan melaksanakan kewajipan sebagai benteng kedaulatan dan maruah bumi watan kita.

“Saya dapat merasakan aura semangat serta jiwa cintakan negara dari anda semua. Inilah citra generasi pewaris Keluarga Malaysia yang kita mahukan,”katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, mahasiswa memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan seperti yang digerakkan oleh individu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syed Syeikh Al-hadi.

“Pada tahun 1905, Kerajaan telah menubuhkan MCKK dan MPSI pada tahun 1992 yang dijadikan wadah, tempat dan platform bermulanya golongan-golongan didikan Islamis untuk memperjuangkan kemerdekaan.

“Semangat mereka inilah yang perlu dijadikan inspirasi kerana jika kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan, maka sejarah mungkin akan berulang dan kita kembali dijajah minda mahupun budaya.

“Saya menyeru agar mahasiswa terus berjuang kekalkan jati diri, budaya dan bahasa dengan memainkan peranan penting seperti mana pembina bangsa terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.

“Tahniah kepada semua para mahasiswa yang menjayakan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan persembahan yang cukup mantap dan bermakna,”ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika merasmikan program Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri dalam majlis itu turut mengumumkan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan dilaksanakan di setiap IPT mulai bulan Oktober depan.

Selain itu, beliau turut memgumumkan pinjaman PTPTN kepada M40 (M1) dinaikkan daripada 75% kepada 100% serta kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN golongan M40.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.