nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

OPV : PAC bebas siasat, berhak panggil mana-mana individu

15 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bebas untuk menyiasat projek pembinaan tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bernilai RM740 juta yang masih belum siap, lewat dua tahun daripada tarikh asal.

Kata Ismail Sabri, PAC adalah badan bebas yang dianggotai wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang dan berhak memanggil mana-mana individu atau pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung sebarang isu berbangkit membabitkan kepentingan umum.

“Terserah kepada PAC sama ada mahu menjalankan atau mempercepatkan siasatan mengenai isu OPV. Kita tak akan buat desakan supaya mereka segerakan siasatan berkaitan isu pemerolehan OPV.

“Mereka berhak memanggil mana-mana jabatan, agensi kerajaan atau kementerian untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebarang isu berbangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022, Kuala Lumpur hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, syarikat induknya TH Heavy Engineering Bhd yang diklasifikasikan sebagai PN17 kini menanggung kerugian terkumpul RM629.8 juta dan hutang bernilai RM165 juta sehingga menimbulkan persoalan mengenai kemampuan syarikat itu menyiapkan OPV seperti dijanjikan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil bin Mat Som dalam sidang media Selasa lalu berkata pandemik COVID-19 dikatakan menjadi punca kelewatan penyerahan tiga OPV yang sepatutnya diterima tahun lalu. Sebaliknya, OPV berkenaan masih dalam pembinaan di Pulau Indah, Selangor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.