nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dua lelaki pengutip hutang didenda RM12,300 lakukan khianat

22 SEPT : Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM12,300 setiap seorang terhadap dua lelaki selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan khianat dan menakutkan secara jenayah.

Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor dan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh iaitu Mohd Nain Ismail, 38, yang bekerja sebagai petani dan Asmadi Abu Hassan, 41, yang bekerja sebagai tukang kayu.

Di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan khianat dengan menyimbah cat ke rumah seorang individu dan dengan sengaja menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 50 tahun dengan cara menampal notis amaran supaya membayar hutang.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Jalan Perak di sini pada 2.39 petang, 10 Sept lepas.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap pertuduhan kepada setiap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Ruslan Usman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) H.A Chua.

Di hadapan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif, Mohd Nain dan Asmadi masing-masing didenda RM6,300 setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu secara bersama melakukan khianat dengan cara menyimbah cat ke sebuah rumah dan menakutkan secara jenayah seorang lelaki dengan cara menampal notis ugutan di rumah berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Burhan, Jalan Langgar di sini pada 2.11 petang, 10 Sept lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam YBGK Nur Farhana Mohd Fadzil dan Saidina Khatijah Zaharah Khairunisak Mohd.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama serta Seksyen 506 kanun sama yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.