nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gangguan seksual : Perbicaraan Ebit Lew bermula esok

26 SEPT : Perbicaraan kes pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew membabitkan dakwaan gangguan seksual, akan bermula esok hingga Jumaat ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Ebit, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.

Barisan peguam, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye pula akan mewakili Ebit.

Pada Februari lalu, Ebit mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual, dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Tenom merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah, terletak kira-kira 145 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.