nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB giat laksana program jana pendapatan, elak belia hijrah

4 OKT : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) giat melaksanakan dan meneruskan pelbagai program bagi membantu menjana pendapatan penduduk kampung dalam usaha mengelakkan golongan belia berhijrah ke bandar.

Timbalan Menteri II, Datuk Hasbi Habibollah berkata dengan wujudnya pelbagai program itu termasuk ekopelancongan dan program pemasaran dalam talian, DesaMall, kini anak muda tidak perlu lagi ke bandar untuk menjana pendapatan.

“Antara program dilaksanakan oleh KPLB ialah melaksanakan program ekonomi dan keusahawanan seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Program Start Right @KPLB, Program Desa Lestari serta program di bawah MARA.

“Untuk ekopelancongan, kita di kampung tidak menyedari kita tinggal dalam resort maka kementerian telah pun berusaha untuk membawa perkara ini dengan kerjasama kementerian pelancongan untuk membangunkan produk-produk pelancongan dalam kampung dengan harapan iniapabila mereka melihat perkara ini (produk) menjadi duit maka insyaAllah mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Tak perlu lagi nak berhijrah ke bandar untuk meningkatkan pendapatan.

“Program Kampung Sejahtera juga baru dilancarkan dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi di kampung-kampung supaya tiada penghijrahan anak-anak muda,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Hasbi Habibollah

Pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan itu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengajukan soalan tambahan berkait kaedah kementerian menangani penghijrahan golongan belia ke bandar untuk mencari rezeki.

Sebelumnya beliau meminta menteri pembangunan luar bandar menyatakan sejauh mana kejayaan program-program meningkatkan pendapatan penduduk di desa.

“Bagi mengelakkan penghijrahan anak-anak desa ke kota, kampung hendaklah menjadi tempat yang mereka ingin diami. Pusat eDagang desa, IKS, pertanian moden, ladang tenusu, ‘river cruise’, agro pelancongan, inap desa misalnya perlulah dibanyakkan.

“Adakah KPLB bersepadu dengan kementerian-kementerian lain untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung?,” tanya Ahmad.

Dalam sesi sama, Hasbi  yang juga Ahli Parlimen Limbang memberitahu KPLB turut melaksanakan program pembangunan modal insan seperti program latihan kemahiran dan kerjaya (PLKK), TVET KPLB, program di bawah KEMAS dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Jelasnya lagi, KPLB turut melaksanakan pelbagai program seperti program Pemerkasaan Wanita, Program Keusahawanan, pusat pengumpulan produk keusahawanan desa di pusat komuniti desa yang berfungsi sebagai pusat hentian setempat.

“KPLB turut meneruskan penyediaan infrastruktur dan prasarana yang lengkap serta mencukupi untuk menyokong pembangunan ekonomi juga mewujudkan persekitaran luar bandar yang kondusif.

“Selain itu, KPLB melalui agensi seperti Risda, Felcra Berhad turut melibatkan belia luar bandar dalam bidang pertanian dan penternakan dengan memberi peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan membuka tanah terbiar dan projek pertanian,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang membangkitkan soal jangkaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) seramai 10,000 peniaga kecil bakal gulung tikar, Hasbi berkata pihak kementerian menyedari perkara itu.

“Kementerian menyedari perkara ini dan berbincang tentang ramalan-ramalan yang dibuat. Jadi antaranya ialah memperkukuh e-dagang. Ini lebih menjimatkan, tidak perlu bayar premis.

“Kita wujudkan pusat pengumpulan, daftar produk-produk luar bandar di bawah DesaMall supaya DesaMall akan bantu memasarkan produk dan sebagainya. Inilah salah satu kaedah yang kita lihat boleh bantu mereka mengurangkan banyak ‘overhead’ yang dijangka naik,” katanya.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.