nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ADUN Sungai Tiang umum letak jawatan sebagai Exco negeri

13 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob  meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu di dalam satu kenyataan media hari ini.

Suraya merupakan satu-satunya Exco daripada UMNO/ Barisan Nasional (BN) di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan Tuanku melantiknya bagi jawatan berkenaan.

Selain itu, beliau turut memberikan penghargaan kepada barisan Exco serta kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darulaman (SADA), Tenaga Nasional Berhad (TNS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan NGO.

“Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat negeri Kedah, yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri di bawah bidang portfolionya dapat direalisasikan sebaik mungkin.

“Saya juga tidak pernah lupa akan segala cabaran dan pengalaman membantu penyelarasan mempercepatkan projek menaiktaraf lima Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan Kerajaan Negeri terdahulu.

“Ianya termasuklah penerimaan manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina dua buah LRA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang,” katanya.

Tambahnya, antara pengalaman berharga beliau dalam memegang jawatan Exco bagi penggal kali ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, melibatkan dua buah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk dibangunkan bagi kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ketika musim tengkujuh yang difokuskan penggunaannya ketika musim kemarau.

Perkara yang paling mencabar dalam menjawat jawatan berkenaan menurut Suraya apabila berhadapan dengan cabaran bencana banjir dan kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis bekalan air pada musim kemarau tahun 2021.

“Atas berkat kesabaran, keikhlasan dan jati dirinya selaku anak jati Kedah, saya telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, sebagaimana yang diamanahkan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Kedah,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.