nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Awal-awal lagi PH, GTA, PN sudah umum calon

28 OKT : Masih ada seminggu sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun parti-parti politik dilihat sudah ada yang calon masing-masing.

Natijahnya ada yang merajuk tidak dicalonkan di bawah tiket partinya memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Antara yang terawal mengumumkan pencalonan dirinya sendiri ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih Parlimen Tambun sekali gus meninggalkan penyokong-penyokongnya di Port Dickson yang dimenanginya pada pilihan raya kecil 2018.

Beliau kemudian meletakkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai penggantinya untuk mempertahankan kerusi itu dan mempertaruhkan ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil di Parlimen Tampin.

Datuk Seri Aminuddin Harun menjadi pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parlimen Port Dickson

Kelmarin, PH turut mengumumkan anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar dan bekas Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Zainal Abu Seman untuk bertanding di Perak namun belum menentukan tempat bakal ditandingi mereka.

Selain itu, beberapa calon negeri lain turut diumumkan seperti Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (Pahang); Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi Universiti Malaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Wilayah Persekutuan); bekas Ketua Pegawai Ekskutif Lembaga Zakat Selangor, Saipol Yazan Yusop (Selangor); bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha (Negeri Sembilan) dan calon berusia 28 tahun, Fathin Amelina Fazlie (Perlis).

Senarai penuh calon PH bakal diumumkan hari ini.

Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan beberapa calon yang menjadi taruhan gabungan itu di beberapa Parlimen termasuk Datuk Radzi Jidin (Putrajaya), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Dr Rosni Adam (Titiwangsa).

Sementara Muhyiddin sendiri diumumkan mempertahankan Parlimen Pagoh yang diwakilinya sejak 1978.

Semalam, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan lapan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpinnya termasuk untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Gerakan Tanah Air (GTA) meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon di Parlimen Langkawi.

“Calon Parlimen Langkawi adalah Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz akan bertanding di Parlimen Jerlun manakala Setiausaha Agung, Datuk Amiruddin Hamzah diletakkan di Parlimen Kubang Pasu.

“Ketua Pejuanita Che Asmah Ibrahim calon Parlimen Sepang; Ketua Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi di Tapah, ADUN Batangkali Harumaini Omar di Hulu Selangor; ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli di Kuala Selangor dan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan calon Parlimen Titiwangsa,” katanya.

Kalau diimbas kembali, mereka inilah yang paling lantang membantah pembubaran Parlimen malah ada yang sampai mengutus warkah bantahan kepada Yang diPertuan Agong kononnya tidak mahu PRU dalam jangkaan musim banjir penghujung November.

Macam-macam momokan ditaburkan kepada rakyat hingga menimbulkan suasana kurang senang dalam kalangan pengundi.

Tapi nampaknya mereka juga yang awal-awal kelam kabut mengumumkan calon PRU15.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.