nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AGC bantah permohonan Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib

12 NOV : Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar keputusan perintah tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

AGC berpendirian keputusan berkenaan membabitkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, justeru tidak boleh dicabar menerusi prosiding kehakiman.

Namun, Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali @ Arwi memohon lanjutan masa untuk menyediakan hujahan bertulis bagi menyokong bantahan itu ketika prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya baru menerima permohonan Badan Peguam Malaysia itu menerusi e-mel dua hari lalu dan memerlukan masa untuk meneliti kandungannya.

“AGC membantah permohonan kebenaran ini kerana keputusan yang dipertikaikan berkaitan keputusan Agong dalam Lembaga Pengampunan, termasuk mempengerusikan mesyuarat lembaga berkenaan, yang tidak boleh diadili oleh mahkamah,” katanya di hadapan Hakim, S Indra Nehru, lapor Sinar Harian.

Peguam yang mewakili Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee turut memohon lanjutan masa untuk memfailkan hujahan bertulis.

Beliau berkata, permohonan itu perlu bagi membolehkan pihaknya mengemukakan penghujahan memandangkan keputusan mahkamah kelak berkemungkinan memberi kesan terhadap pelaksanaan tahanan rumah yang sedang dijalani Najib.

Sementara itu, peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam Malaysia tidak membantah permohonan AGC dan pihak Najib untuk mendapatkan tambahan masa berkenaan.

Selepas mendengar permohonan semua pihak, hakim menetapkan 17 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya 14 Disember ini, manakala hujahan balasan perlu dikemukakan pada 28 Disember.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.