nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluarga Malaysia cakna pembangunan di Pahang

29 OKT : Pengumuman pelbagai peruntukan dan pembangunan  oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Pahang bukti jelas kerajaan Keluarga Malaysia cakna keperluan penduduk negeri Pantai Timur itu.

Apatah lagi menyedari Pahang antara negeri kerap terjejas banjir, sudah tentu usaha perlu dilakukan bagi nemastikan bencana itu dapat dihindari terutama berdepan Monsun Timur Laut. 

Bagi tujuan itu, kerajaan  memperuntukkan RM1.8 bilion dalam Belanjawan 2023 untuk projek membina tebatan banjir dan membaik pulih hakisan pantai.

Ini termasuk di kawasan Kampung Tanjung Batu, Pekan.Rancangan Pemulihan Koridor Sungai Triang dan Sungai Semerting Mukim Pelangai di Bentong serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Bera.

Sebanyak RM1.8 bilion diperuntukan kerajaan untuk membina tebatan banjir di sungai dan membaik pulih hakisan pantai di Pahang.

Dalam ucapannya pada JAKM Pahang, Perdana Menteri itu juga memberi tumpuan kepada isu hakisan dan saliran di kawasan cerun di Cameron Highlands.

Sejumlah RM6.07 juta diperuntukkan bagi projek perintis kawalan hakisan dan kelodak di kawasan bercerun Cameron Highlands untuk mengurangkan masalah dan meningkatkan kelancaran sistem saliran.

Dalam pada itu, bagi keselesaan rakyat, Kerajaan turut menaik taraf bekalan air bersih di Pahang dengan peruntukan RM1.215 bilion untuk pembinaan dua loji rawatan air (LRA) yang baharu dan lima projek penambahbaikan LRA serta muka sauk.

Sebanyak tujuh projek pembinaan tangki air untuk sistem agihan dan program air tidak terhasil (NRW).

Menyedari keperluan jalan raya yang baik, Ismail Sabri turut memaklumkan Selain bahawa kerajaan akan menumpu kepada usaha menaik taraf dan menyenggara jalan serta jambatan di Pahang.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.307 bilion untuk menaik taraf dan menyenggara jalan persekutuan di Pahang dan membuka kawasan baharu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos projek RM8.7 bilion dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 juga dijangka merancakkan ekonomi Pahang.

Sebanyak RM572.8 juta juga telah diperuntukkan bagi projek-projek pembinaan dan menaik taraf jambatan serta jejantas di negeri Darul Makmur itu.

Soal pendidikan dan kesihatan juga tidak ketinggalan.

Untuk pendidikan, 40 projek baharu dan sambungan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos RM754 juta di bawah Rolling Plan Kedua RMK-12 Tahun 2022.

Sebanyak 13 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan dan 9 projek lagi berstatus prabina.

Manakala untuk sektor kesihatan pula, ada pembinaan dua buah Klinik Kesihatan di Kuarters Bandar Raub dan Kuala Triang, Bera dengan peruntukan sebanyak RM40 juta yang dijangka siap tahun hadapan.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB) turut melaksanakan 101 buah projek pembangunan di Pahang dengan peruntukan RM3.32 bilion di mana 39 projek baharu da 62 lagi projek sambungan.

Seramai 11,500 isi rumah di luar bandar menerima manfaat melalui Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia dengan peruntukan RM36 juta sementara di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi golongan berpendapatan rendah pula melibatkan 18,520 unit di mana 12,444 unit telah siap dibina, 2,171 unit dalam pembinaan dan 3,905 dalam perancangan.

Program perumahan mampu milik memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah di negeri itu untuk memiliki rumah sendiri.

Sudah tentu segala kemudahan dan peruntukan yang disediakan ini dapat dinikmati rakyat Pahang apabila Bajet 2023 dibentang dan diluluskan kelak oleh kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.