nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dulu menang sebab parti, jangan sabotaj calon pilihan parti

2 NOV : Kesemua jentera Barisan Nasional (BN) termasuk yang bersama pemimpin tidak dicalonkan perlu berlapang dada dan menerima keputusan dibuat pucuk pimpinan memilih calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, sekiranya penyandang kerusi itu tidak dipilih, beliau sepatutnya membantu calon yang dipilih parti dalam berkempen bagi memastikan partinya menang.

“Sekarang dah ada rumor mengatakan (yang tak dicalonkan) nak bertanding parti lain, saya rasa jika berlaku tidak patut sebab dulu dia menang pun atas faktor parti. Jadi bila tak dicalonkan, nak tukar parti atau jadi calon bebas itu tidak patut. Kalau itu berlaku memang akan menjejaskan kemenangan BN di kawasan itu.

“Kalau nak sebut soal kekalahan BN ini sebenarnya bukan sebab kelemahan pembangkang tapi kelemahan BN itu sendiri. Ada masalah dalaman, bila calon ini naik, disabotaj, jentera tak bergerak.

“Walaupun kita lihat ada yang disingkirkan itu ‘winnable’ di sesuatu kawasan…contohnya tokoh A ini orang lama di situ tapi diketepikan, sebenarnya pemimpin itu boleh bantu calon baharu itu berkempen untuk menang sebab semangat cintakan parti lebih berbanding individu.

Janganlah terus masuk parti lain, nampak sangat pentingkan diri sendiri,” katanya kepada BBC Portal.

Prof Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani

Menurutnya lagi, mana-mana calon atau parti yang kecewa dan sukar menerima keputusan pucuk pimpinan wajar mengambil tempoh untuk bertenang.

“Ambil masa untuk bertenang tapi jangan lama. Masa dah suntuk. Kempen pun dua minggu saja.

“Kena fikir matlamat memenangkan parti itu lebih utama dalam konteks sekarang sebab persaingan terlampau hebat dalam pilihan raya kali ini jadi perubahan itu kena terima dengan lapang dada,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengemukakan ramai wajah baharu dan muda sebagai memenuhi kehendak semasa.

“BN pun memang perlu kemukakan orang baharu, orang muda sebab ini tuntutan rakyat.

Sebab rakyat sekarang ini ramai orang muda-muda yang jadi pengundi jadi mereka mahu perubahan, kena seimbang dengan orang baharu.
“Jadi BN kena bagi peluang kepada orang lain. Tak boleh ‘warlord’ lama-lama sebab nak menangkan BN ini bukan (undi) orang BN saja tapi selebihnya rakyat. Kalau orang BN saja yang mengundi, tak menang BN,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pemilihan calon kali ini lebih variasi dengan kombinasi muka baharu serta calon muda yang diketengahkan malah ada yang tidak dijangka seperti pencalonan Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya lagi, bagi calon import boleh menang seperti Khary Jamaluddin dan Datuk Zahida Zarik Khan bergantung kepada penerimaan akar umbi kerana mereka diletakkan di luar kawasan.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.