nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan, GLC perlu terus main peranan jamin sekuriti makanan

2 NOV : Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit sektor pertanian perlu terus memainkan peranan  dalam menjamin sekuriti makanan negara bagi mendepani suasana ekonomi mencabar tahun depan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata negara perlu memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan Malaysia mempunyai formula menghasilkan makanan dalam skala besar bagi memenuhi keperluan rakyat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada import.

“Isu keselamatan makanan ini bukan perkara yang boleh diselesaikan semalaman. Ia memerlukan jangka masa yang panjang. Sebab itu kita perlu tingkatkan R&D untuk sektor makanan supaya kita boleh menghasilkan makanan yang berskala besar.

“Kalau kita lihat Thailand, dari segi tanah, bentuk muka buminya sama dengan Malaysia tapi kekuatan mereka ialah R&D. Contohnya durian Thailand, boleh dikeluarkan sepanjang tahun tapi di negara kita durian hanya ada pada musim-musim tertentu.

“Ini mungkin boleh dilakukan melalui agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah, MARDI, FAMA dan sebagainya. Meliputi agensi-agensi berkaitan pertanian dan perladangan juga pada masa yang sama perlu juga peranan yang dilakukan oleh GLC seperti FGV.

“Sebenarnya sektor pertanian ini boleh menguntungkan jika penghasilannya dalam skala besar seperti negara-negara lain,” katanya kepada BBC Portal.

Beliau juga melihat keperluan mewujudkan lebih banyak kawasan pertanian terutama untuk dijadikan jelapang padi bagi memastikan pengeluaran dalam negara dapat menampung keperluan harian penduduk.

Katanya masalah sekuriti makanan ini bukan hanya dihadapi Malaysia sebaliknya ia melanda seluruh dunia susulan pelbagai masalah geopolitik dan pandemik Covid-19.

“Memang kita akan terjejas sebab sebahagian besar bahan makanan kita diimport. Malah sayur-sayuran juga kita import sebab yang dihasilkan daripada petani tempatan tidak cukup untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Begitu juga bahan keperluan lain.

“Begitu juga beras. Kita hasilkan sekitar 70% saja selebihnya kita terpaksa import dari Thailand dan Vietnam jadi jika negara pengeluar itu berdepan masalah maka kita juga bermasalah.

“Contohnya dulu kita berdepan krisis beras sebab Vietnam bekukan eksport susulan bekalan untuk tampung rakyat mereka sendiri pun tak mencukupi akibat dilanda banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat memuji tindakan pantas kerajaan Keluarga Malaysia dalam menangani masalah kenaikan harga ayam sebelum ini.

“Langkah yang kita lihat sangat membantu rakyat apabila kita berdepan kenaikan harga ayam, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) segera bertindak menetapkan harga siling dan memberi subsidi. Jika tidak kita akan berdepan dengan harga ayam yang melampau.

“Kita memang tak perlu import ayam tapi makanan ayam itu kita import yang sudah tentu menjejaskan sektor penternakan (apabila harga melambung).

“Sebab itu kita perlu wujudkan dasar supaya bahan makanan keperluan rakyat ini kalau boleh kita cuba hasilkan dalam negara dengan secukupnya,” katanya. –Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.