nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah Rayuan tolak saman Charles Santiago

15 NOV : Saman dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago, dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Berikutan itu, hari pengundian yang ditetapkan SPR pada Sabtu ini akan tetap diteruskan.

Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim, berkata keputusan membubarkan Parlimen adalah budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan tidak wajar diadili oleh mahkamah.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa membubarkan Parlimen di bawah Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan dan kemudiannya pilihan raya umum hendaklah diadakan,” kata Azizah yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.

Azizah berkata, perintah dimohon Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar untuk menghalang SPR daripada mengambil langkah menjalankan PRU15 adalah tidak boleh dipertahankan di sisi undang-undang.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tugas perlembagaan untuk menjalankan pilihan raya umum di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau memetik kes sebelum ini yang menyatakan SPR tidak boleh dihalang atau dilarang daripada melaksanakan tugas perlembagaannya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan mahkamah, hakim itu berkata, walaupun wujud merit dalam dakwaan perayu bahawa isu sama ada Perdana Menteri mesti bertindak atas nasihat Kabinet untuk memohon pembubaran Parlimen adalah perkara yang boleh dicabar di mahkamah, permohonan pembubaran Parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Seri Paduka tetap tidak boleh diadili.

Azizah berkata, rayuan Santiago dan Syed Iskandar tidak mempunyai merit dan menolak tindakan undang-undang mereka tanpa arahan mengenai kos.

Karabta, hakim Mahkamah Tinggi tidak salah membatalkan saman pemula Santiago dan menolak permohonan Syed Iskandar bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman atas alasan keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tidak boleh diadili.

Sementara itu, Azizah juga menolak permohonan peguam R Kengadharan yang mewakili Syed Iskandar untuk injunksi sementara bagi menghalang SPR daripada menjalankan pilihan raya umum sementara menunggu permohonan kebenaran merayu difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Santiago yang mahu mahkamah mengembalikan semula saman pemulanya terhadap Perdana Menteri sementara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan SPR, memohon beberapa perintah termasuk deklarasi permintaan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen adalah terbatal dan tidak sah kerana tidak dilakukan atas nasihat Kabinet.

Syed Iskandar memohon mahkamah memberi beliau kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pembubaran Parlimen dan langkah mengadakan pilihan raya umum.

Saman pemula Santiago dibatalkan pada 28 Oktober selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan.

Mahkamah Tinggi sama turut menolak permohonan Syed Iskandar untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.

Prosiding hari ini dijalankan secara dalam talian.

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan A Surendra Ananth mewakili Santiago manakala peguam Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili Ismail Sabri, kerajaan Malaysia serta SPR.

Syed Iskandar diwakili peguam Yasmeen Soh Sha-Nisse manakala Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Low Wen Zhen, mewakili Pengerusi SPR, Ismail Sabri dan kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.