nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong boleh isytihar darurat jika Ahli Parlimen gagal capai kata sepakat

22 NOV : Hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa muktamad membantu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan kerajaan baharu dapat dibentuk dalam masa terdekat jika semua parti gagal mencapai kata sepakat, demikian kata veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata Tengku Razaleigh,  Agong boleh mengisytiharkan darurat jika kesemua ketua gabungan parti yang meraih kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencari kata sepakat membentuk kerajaan

“Sekiranya tiada gabungan parti mendapat majoriti 112 kerusi, maka kuasa itu kembali kepada Yang di-Pertuan Agong, hanya baginda yang boleh menentukan caranya.

“Kalau semua parti tidak dapat menghasilkan satu formula untuk bekerjasama, mungkin Yang di-Pertuan Agong akan memerintah secara darurat.

“Ini menerusi kuasa yang ada pada baginda mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan sehingga keadaan boleh menubuhkan kerajaan. Ini adalah pendapat saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tempoh darurat itu menurut beliau jika diisytiharkan kelak, bergantung kepada keupayaan semua parti mendapat kesepakatan membentuk kerajaan.

“Berapa lama tempoh, itu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya Baginda rasa perlu pegang setahun, dua tahun, tiga tahun sehingga pihak politik boleh berdamai sesama mereka, bersetuju berpakat.

‘Jika tidak, perkara akan jadi seperti ini semula (kerajaan tergantung) atau mungkin lebih teruk lagi daripada ini saya fikir,” katanya.

Mengulas khabar angin mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Macam-macam khabar angin di media sosial, bahawa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri interim, mana boleh…

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sahaja ketika ini menjadi Perdana Menteri ‘caretaker’. Bila tugasnya selesai, kerajaan baharu mesti ditubuhkan dan ketua gabungan mesti dapat 112 majoriti,” katanya.

Dalam pada itu, katanya usaha pembentukan kerajaan yang baharu perlu mengambil sensitiviti yang paling utama iaitu majoriti populasi negara ini adalah orang Melayu dan Bumiputera.

“Soal pokoknya bukan soal kerjasama parti dengan parti, soal pokok yang kita semua perlu fikir adalah majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera, yang mana lebih 50 peratus dari populasi, kita tidak boleh abaikan ini, ini sensitiviti.

“Kalau anda tanya Ketua Pembangkang dulu pun, dia selalu menimbulkan ‘the leader of this country must be an acceptable Malay’ (pemimpin negara ini mestilah dalam kalangan orang Melayu yang diterima).

“Jika kita bercakap mengenai Anwar Ibrahim, dia adalah pemimpin PH yang mana ada DAP, AMANAH dan PKR tetapi PKR cuma ada 27 kerusi, AMANAH ada tiga (kerusi) dan DAP ada 40 kerusi. Parti ini (PH) didominasi oleh DAP.

“Bolehkan Anwar mengawal PH dengan cara yang dia fikir boleh kawal? Yang mana Tun Dr Mahathir (Mohamed) gagal ketika 22 bulan beliau mengetuai kerajaan PH, apa yang buat kamu fikir Anwar dapat buat lebih baik dari Dr Mahathir?” katanya.

Katanya, PH memerlukan 112 kerusi dan memerlukan sokongan parti lain untuk menubuhkan kerajaan dan sekiranya UMNO menyokong, adakah ia akan diterima oleh rakyat dan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Harap Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan nasihat yang terbaik sebelum dipersetujui pembentukan kerajaan.

“Perlu ambil faktor ini (sensitiviti Melayu dan Bumiputer) selain daripada soal kesihatan rakyat, ekonomi yang merundum jatuh tetapi masalah politik tidak selesai, tidak stabil yang menghimpit kehidupan rakyat.

“Kita berharap apa juga persetujuan dicapai akan memenuhi kehendak orang ramai kerana faktor utama adalah populasi Melayu dan Bumiputera yang mana populasi terbesar dalam negara ini,” katanya.

Tegasnya, penubuhan kerajaan negeri Perak menerusi gabungan BN dan PH juga kini menjadi tanda tanya kerana melanggar prinsip ‘No Anwar, No DAP”. Sebahagian atau seluruh ahli UMNO tidak boleh terima DAP.

“Bahkan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama bukan sahaja dengan DAP atau PH tetapi dengan pimpinan Anwar Ibrahim. Itu keputusan PAU, bukan mesyuarat agung cawangan tetapi UMNO sudah menubuh kerajaan campuran di Perak, ini menjadi tanda tanya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.