nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBB teliti maklumat dakwa Iran bekal dron kepada Russia serang Ukraine

8 DIS : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang meneliti ‘maklumat yang ada’ mengenai tuduhan bahawa Iran membekalkan dron kepada Russia untuk menyerang Ukraine.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, ketika beliau berdepan tekanan daripada Barat supaya menghantar pakar ke Ukraine bagi memeriksa dron yang dijatuhkan.

“Sekretariat sedang meneliti maklumat yang ada. Sebarang penemuan akan dilaporkan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), mengikut kesesuaian, dalam masa terdekat,” kata laporan kepada UNSC bertarikh Selasa itu yang dilihat Reuters.

Russia mempertikaikan tindakan Guterres, dengan mendakwa beliau tiada mandat untuk menghantar pakar PBB ke Ukraine bagi menyiasat asal dron itu.

Iran nafi membekalkan dron kepada Moscow dan Russia menafikan tenteranya menggunakan dron Iran untuk menyerang Ukraine.

Dalam konflik selama sembilan bulan itu, Ukraine menuduh Russia menggunakan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) bagi menyasarkan infrastruktur tenaga dan sasaran lain.

Britain, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine, berkata bekalan dron buatan Iran ke Russia melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB 2015, yang memeterai perjanjian nuklear Iran.

Guterres membuat laporan berhubung pelaksanaannya dua kali setahun kepada UNSC.

Menurut surat kepada UNSC itu juga, Britain, Jerman dan Perancis menulis kepada Guterres minggu ini bagi meminta kemas kini mengenai rancangan untuk menghantar pakar PBB ke Ukraine.

Russia turut melakukan perkara sama sebanyak dua kali sebagai tindak balas dan menuduh ketiga-tiga negara itu melanggar peraturan PBB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.