nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia kembali kukuh dengan 13.05 mata

14 DIS : Bursa Malaysia kembali berada dalam wilayah positif pada akhir urus niaga hari ini berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selain mencatat prestasi seiring dengan pasaran serantau lain.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.89 peratus atau 13.05 mata kepada 1,483.17 daripada 1,470.12 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.77 mata kepada 1,471.89 dan bergerak dalam jajarab 1,471.64 hingga 1,483.17 sepanjang sesi hari ini.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 532 berbanding 384 manakala 418 kaunter lain tidak berubah, 940 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 2.51 bilion unit bernilai RM1.90 bilion daripada 2.69 bilion unit bernilai RM1.84 bilion, semalam.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata bursa tempatan pulih daripada penyusutan sebelumnya, dipacu oleh keyakinan terhadap potensi kenaikan kadar faedah lebih perlahan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

“Pada masa ini, pelabur akan terus memantau keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada lewat malam ini selain mendapatkan petunjuk mengenai prospek kenaikan seterusnya menjelang 2023.

“Namun, dalam tempoh terdekat ini, kami menjangkakan bursa tempatan akan terus memaparkan pemulihan dalam memasuki 2023 yang lazimnya menyaksikan aktiviti-aktiviti memperelok akaun dalam minggu-minggu akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia seperti Maybank untung dua sen kepada RM8.77, Public Bank meraih sembilan sen kepada RM4.44, Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM8.50, CIMB naik tujuh sen kepada RM5.83 dan TNB melonjak 13 sen kepada RM9.34.

Bagi saham aktif, SNS menokok dua sen kepada 27 sen, Advance Synergy menambah setengah sen kepada 17.5, Top Glove dan Borneo Oil masing-masing tidak berubah pada 78.5 sen dan 2.5 sen, ITMAX meraih satu sen kepada RM1.39 manakala Dataprep susut setengah sen kepada 25 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menambah 73.17 mata kepada 10,652.71, Indeks FBMT 100 menokok 74.02 mata kepada 10,356.62 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 75.10 mata kepada 10,782.91.

Indeks FBM 70 meningkat 24.53 mata kepada 13,030.53 manakala Indeks FBM ACE menokok 16.09 mata kepada 5,510.99.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 97.44 mata pada 16,669.57, Indeks Perladangan naik 54.96 mata kepada 6,740.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.77 mata kepada 181.38 dan Indeks Tenaga menokok 10.64 mata kepada 795.36.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut sedikit kepada 1.52 bilion saham bernilai RM1.55 bilion daripada 1.55 bilion saham bernilai RM1.49 bilion, semalam.

Waran berkurangan kepada 268.73 juta unit bernilai RM65.20 juta daripada 284.18 juta unit bernilai RM57.91 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya susut kepada 723.65 juta saham bernilai RM284.05 juta daripada 852.07 juta saham bernilai RM290.35 juta sebelumnya.

Selain itu , kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 303.14 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (435.81 juta); pembinaan (36.13 juta); teknologi (276.91 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (77.28 juta); hartanah (81.31 juta); perladangan (25.87 juta); REIT (3.84 juta), dana tertutup (5,000); tenaga (75.87 juta); penjagaan kesihatan (114.82 juta); telekomunikasi dan media (38.09 juta); pengangkutan dan logistik (35.52 juta) serta utiliti (16.99 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.