nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjanjian persefahaman dimeterai demi kestabilan negara -TPM

17 DIS : Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang dimeterai lima gabungan parti politik semalam bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah satu inisiatif jangka panjang bagi memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menerusi satu kenyataan  dalam hantaran di Facebooknya berkata,  fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan.

Jelas Ahmad Zahid, sepertimana ramalan Bank Dunia yang menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di beberapa negara seluruh dunia akan menyebabkan tahap permintaan berkurangan, seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.

“Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.

“Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia,” katanya.

Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

MoU itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, yang disaksikan semua pengerusi gabungan terlibat.

Dalam pada itu,  Ahmad Zahid juga berkata langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas adalah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memastikan harga barangan dan perkhidmatan tempatan tidak terkesan.

Ia juga menurutnya menunjukkan komitmen kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.

“Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.