nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran aktiviti belian saat akhir

19 DIS : Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini apabila aktiviti belian muncul pada minit-minit terakhir dagangan di tengah-tengah kelemahan di hampir kesemua pasaran utama serantau apabila kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah dan kemungkinan kemelesetan pada 2023 telah menjejaskan sentimen, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 0.10 peratus atau 1.45 mata kepada 1,477.09 daripada paras penutup 1,478.54 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka rendah turun 1.82 mata kepada 1,476.72, bergerak antara paras 1,471.57 dan 1,477.41 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 495 berbanding 393, manakala 416 kaunter tidak berubah, 941 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.02 bilion unit bernilai RM1.79 bilion berbanding 3.33 bilion unit bernilai RM2.24 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau kebanyakannya rendah apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu pengumuman beberapa data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu ini.

“Bagi bursa tempatan, kami percaya sentimen pasaran kekal berhati-hati di tengah-tengah prestasi lemah pasaran ekuiti global walaupun aktiviti membeli saham berharga rendah dijangkakan berlaku.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks tersebut berada dalam jajaran 1,470 hingga 1,490 bagi minggu ini. Secara teknikalnya, kami menjangkakan paras sokongan kukuh berada pada 1,460 dengan paras ketahanan pada 1,500,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Maybank turun satu sen kepada RM8.71, Public Bank naik dua sen kepada RM4.40, Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM9.31, manakala kedua-dua Petronas Chemicals dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM8.51 dan RM5.78.

Dalam kalangan saham cergas, Advance Synergy turun 1.5 sen kepada 20.5 sen, Sunview meningkat 11 sen kepada 61.5 sen, Yew Lee Pacific naik lima sen kepada 42.5 sen, Cosmos Technology International menokok 16 sen kepada 65.5 sen dan Borneo Oil tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 5.21 mata kepada 10,602.00, Indeks FBMT 100 turun 3.75 mata kepada 10,308.54 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 4.19 mata kepada 10,744.23.

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 naik 22.92 mata kepada 12,949.58 dan Indeks FBM ACE meningkat 15.86 mata kepada 5,477.80.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 166.39 mata kepada 6,871.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.04 mata kepada 181.22, Indeks Tenaga berkurangan 4.15 mata kepada 787.16 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 5.66 mata kepada 16,557.84.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.71 bilion saham bernilai RM1.25 bilion daripada 2.29 bilion saham bernilai RM1.91 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran turun kepada 287.06 juta unit bernilai RM68.46 juta daripada 306.58 juta unit bernilai RM72.03 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.02 bilion saham bernilai RM473.25 juta berbanding 730.46 juta saham bernilai RM258.38 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 538.68 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (442.18 juta); pembinaan (66.85 juta); teknologi (199.41 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.27 juta); hartanah (57.20 juta); perladangan (18.40 juta); REITs (3.44 juta), dana tertutup (10,800); tenaga (192.33 juta); penjagaan kesihatan (58.64 juta); telekomunikasi dan media (29.43 juta); pengangkutan dan logistik (31.95 juta) dan utiliti (18.99 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.