nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dua laluan air bawah tanah punca tanah runtuh Batang Kali

28 DIS : Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali 16 Disember lalu berpunca daripada dua laluan air bawah tanah yang mengakibatkan hakisan seterusnya menyebabkan runtuhan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hakisan itu berlaku susulan perubahan iklim yang melanda negara.

“Saya melihat aspek saintifik kenapa (bencana) itu berlaku. Negara kita adalah negara maritim yang dikelilingi oleh laut. Negara kita beriklim tropika…jangan lupa Sabah dan Sarawak juga dikelilingi laut.

“Dalam keadaan begitu, kenapa berlaku di Batang Kali umpamanya ini adalah akibat hakisan bawah tanah yang berlaku kerana ada laluan air.

“Dua laluan air di bawah tanah menyebabkan rekahan berlaku di tiga segmen tanah itu yang akhirnya meruntuhkan kawasan termasuk kawasan yang ditanam sayur-sayuran. Berlaku hakisan disebabkan faktor tadi – perubahan iklim dan iklim tropika,” katanya pada Program Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? yang bersiaran secara langsung nenerusi NR Channel TV, malam tadi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dalam program sama, beliau turut menjelaskan punca banjir termenung yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

“Banjir berlaku juga disebabkan oleh pemanasan global di mana bongkah-bongkah glasier, apabila berlaku penipisan ozon maka cahaya matahari itu memanas dengan kadar peratusan yang lebih daripada biasa. Apabila glasier ini cair, jumlah air laut bertambah.

“Di kawasan Bagan Datuk misalnya paras air lebih tinggi daripada paras bumi. Jika berlaku hujan lebat dan hujan itu diikuti dengan air pasang besar di laut maka banjir itu tidak dapat disalurkan daripada sungai atau ke laut kerana paras air laut itu tinggi maka berlakulah yang dipanggil ‘banjir termenung’,” katanya.

Beliau menekankan kepentingan menangani fenomena global daripada kesan rumah hijau dan pelepasan karbon.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.