nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohd Sharkar dilantik speaker DUN Pahang

29 DIS : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini, pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini.

Usul melantik Mohd Sharkar dikemukakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dengan tiada bantahan daripada Ahli Dewan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ishak Muhamad yang menjawat jawatan tersebut sejak 2013.

Mohd Sharkar, anak jati Temerloh merupakan ADUN Lanchang daripada Barisan Nasional (BN) selama lima penggal bermula 1999 namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lepas.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada persidangan itu, Mohd Sharkar juga dilantik sebagai ahli tambahan DUN Pahang. Pada November 2020, persidangan DUN Pahang meluluskan pindaaan Perkara 18 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi mewujudkan ADUN lantikan.

Sementara itu, ADUN Bilut Lee Chin Chen daripada Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang, selepas namanya dicalonkan oleh Wan Rosdy dan sekali lagi disokong oleh Mohd Soffi.

Lee merupakan Ketua Pembangkang pada persidangan DUN penggal lepas dan mula menjadi ADUN di Pahang pada 2013 selepas memenangi kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebelum bertukar ke DUN Bilut pada 2018.

Persidangan hari ini juga menyaksikan semua 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah jawatan yang didahului Wan Rosdy disusuli 10 Exco dan ADUN lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan ADUN Cheka.

Kerajaan Pahang selepas PRU15 dibentuk menerusi kerjasama antara BN dan PH selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya itu.

Pada PRU15, BN dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH menang di lapan kerusi.

Menerusi kerjasama itu, Wan Rosdy mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 28 Nov lepas disusuli 10 Exco pada 2 Dis lepas, melibatkan lapan ADUN BN dan bakinya daripada PH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.