nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengembara dari luar negara wajib melalui saringan demam

30 DIS: Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara ini perlu melalui saringan demam.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.

Menurut beliau, sekiranya disyaki Covid-19, maka ujian Covid-19 akan dijalankan.

“Selain itu, survelan di PMA juga diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.

“Sampel air kumbahan itu kemudiannya akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19, ” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Zaliha, bagi meningkatkan pengesanan sebarang varian baharu pula, semua kes influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) yang datang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara China dalam tempoh 14 hari terakhir perlu melakukan ujian RTK-Ag Covid-19.

Menurut beliau, mereka yang mempunyai sejarah kontak dengan individu tersebut juga termasuk dalam senarai perlu membuat ujian dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya positif Covid-19.

Dalam perkembangan lain, pengisytiharan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan’ yang akan tamat pada 31 Disember 2022 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023.

Tindakan itu bertujuan memudah cara Kementerian Kesihatan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19 menggunakan peruntukkan di bawah P.U. (A) 83/22.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.