nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM11.2 bilion wang tidak dituntut direkod


24 Mei: Kementerian Kewangan memaklumkan sejumlah RM11.2 bilion wang tidak dituntut telah direkodkan setakat 30 April lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sebahagian besar wang itu merupakan wang dalam akaun tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

“Sehingga 30 April 2023, jumlah wang yang tidak dituntut diurus oleh Jabatan Akauntan Negara ialah RM11.2 bilion.

Kita telah mengembalikan RM3.3bilion sehingga 23 Mei, semalam kepada rakyat yang menuntut.

“Wang tidak dituntut adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus, dividen dalam tempoh setahun atau lebih juga wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat ada lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Paling banyak sekali kira-kira 70 peratus daripada RM11.2 bilion ini ialah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

Katalah kalau Datuk Speaker buka tiga, (atau) empat akaun. Bank pertama yang Datuk Speaker buka itu sudah terlupa, di situ ada RM1,000. Selepas 7 tahun wang itu akan dihantar oleh bank kepada Jabatan Akauntan Negara jadi RM1,000 itu adalah wang tidak dituntut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun meminta menteri kewangan menyatakan jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 dan sama ada kerajaan bercadang untuk memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.

Dalam jawapannya, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata sejumlah RM10 bilion daripada jumlah wang tersebut dimasukkan dalam simpanan tetap dengan faedah diterima sebanyak RM250 juta setiap tahun.

“…Setiap tahun selama 10 tahun kita dapat RM250 juta. Wang itu kita kembalikan semula dalam wang yang disatukan yang digunakan untuk pembangunan dan juga bantuan rakyat,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Fong yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan dana biasiswa daripada hasil itu, Ahmad berkata kerajaan boleh membuat pertimbangan terhadap cadangan tersebut.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyemak data masing-masing di portal egumis milik Jabatan Akauntan Negara dan segera membuat tuntutan sekiranya ada wang yang tidak dituntut.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.