nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu P.Pinang-Kedah: Perjanjian dahulu sudah terbatal

6 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa saja perjanjian terdahulu terbatal sebaik Persekutuan Tanah Melayu terbentuk termasuk melibatkan Pulau Pinang dan Kedah.

Jelasnya, perjanjian itu sudah diperkenan oleh raja-raja Melayu termasuk Sultan Kedah ketika itu, Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

“Bermula dengan kerajaan negeri dan raja-raja Melayu, perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 21 Januari 1948 dan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 5 Ogos 1957 yang diperkenan oleh semua raja-raja Melayu termasuk Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah.

“Semua undang-undang, perjanjian yang terdahulu itu terbatal dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu. Kalau pun satu permohonan daripada Tuanku Badlishah ialah pada tahun 1996 memohon kepada Inggeris, kalau boleh dipertimbangkan…bukan tuntutan Pulau Pinang…mempertimbangkan untuk mendapat pandangan daripada penduduk Seberang Prai termasuk saya, sama ada memilih untuk sertai Kedah atau kekal di Pulau Pinang?

“Tuanku Almarhum Badlishah lebih bijak, lebih prihatin dan faham tentang peruntukan undang-undang tidak seperti mana yang kita dengar sekarang. Dalam keputusan itu, akhirnya dimuktamadkan dalam perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah melayu di mana tuanku telah perkenan…perjanjian 1957 oleh semua raja-raja Melayu termasuk Tuanku Badlishah. Jadi, mengapa perkara ini dibangkitkan?,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang meminta perdana menteri menyatakan tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah agar Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya Pulau Pinang boleh dikembalikan kepada Kedah.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor dilaporkan mendakwa Pulau Pinang hak milik Kedah dan katanya hanya Perak dan Perlis yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mempertikai tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yang dilihat sanggup mengorbankan prinsip Perlembagaan dan menimbulkan huru-hara demi kuasa menjelang pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Seperti mana disebut oleh Kota Belud memang betul, sebab PRN. Adakah gelojoh nak kuasa pilihan raya kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara? Ini soalnya. Ini yang menyebabkan timbul permasalahan.

“Kita dah merdeka lebih enam dekad. Parti-parti memerintah sama ada UMNO-BN, PAS-PH dan sekarang PAS-PN, tidak pernah dibangkitkan melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip Perlembagaan. Oleh yang demikian, saya serah sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai,” katanya.

Sebelum itu, soalan Guan Eng yang juga bekas menteri kewangan itu dibantah beberapa wakil pembangkang termasuk Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut), Datuk Awang Hashim (Pendang) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) namun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan soalan itu boleh diteruslan.

“Saya telah melihat dan meneliti soalan ini dan tidak bercanggah seperti yang dikatakan Beluran tadi. Jadi kita akan teruskan dengan soalan tersebut. Biarlah menteri jawab. Ia tidak bercanggah seperti yang saya fahami. Saya merasakan soalan ini boleh dimajukan, saya dah buat keputusan,” katanya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.