nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nak kurangkan subsidi untuk orang kaya pun tak boleh?


6 JUN : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan menarik subsidi bagi kumpulan T20 bagi elektrik dan bayaran haji.

Menjawab di Dewan Rakyat, hari ini, Menteri Kewangan itu menegaskan tindakan kerajaan itu tidak memberi kesan kepada 90 peratus rakyat di negara ini.

“Saya tidak faham di mana subsidi dikurangkan untuk rakyat? Kita kurangkan subsidi untuk yang maha kaya, rumah-rumah besar yang di atas T20. Jadi kenapa nak jadikan isu ini isu politik?

“Majoriti rakyat…90% rakyat itu tidak terkesan kerana tidak dinaikkan kadar elektrik malah untuk PKS, industri makanan tidak dinaikkan. Jadi kita nak jadi jaguh siapa ini?,” tegasnya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Radzi sebelumnya meminta Anwar membangkitkan soal bebanana ditanggung rakyat susulan keadaan ekonomi semasa termasuk kejatuhan nilai ringgit dan penarikan subsidi oleh kerajaan.

“Kejatuhan ringgit menyebabkan kenaikan harga makanan pengguna yang diimport atau yang mempunyai komponen import ini akan membebankan rakyat. Keadaan menjadi sukar untuk rakyat apabila pada masa yang sama, kerajaan mengambil pendekatan mengurangkan subsidi.

“Ini akan mencengkam kehidupan rakyat. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak sengsara dnegan kenaikan kos sara hidup?,” tanyanya.

Mengulas lanjut, Anwar turut menemplak pihak yang mempertikai tindakan kerajaan mengurangkan subsidi itu sedangkan ia tidak membebankan rakyat yang miskin.

“…dalam subsidi haji kita tidak naikkan (kos) untuk rakyat, yang dinaikkan itu untuk T20. Kamu dah kaya benor (betul), tak kan nak Tabung Haji subsidi kamu untuk ke Mekah? Ini ada juga rungutan tapi saya tegas dalam hal itu. Kita kurangkan subsidi tidak bagi rakyat…setakat ini, itu sahaja yang dikurangkan tiada subsidi lain.

“Nak kurangkan subsidi untuk orang kaya pun tak boleh? Nak ambil RM50-60 juta daripada Tan Sri Syed Mokhtar pun tak boleh? Ini apa punya dasar? Saya terpaksa ambil daripada orang kaya supaya tidak bebankan orang miskin. Itu pun kadar yang agak minimal. Kalau haji itu kos, tabung haji tidak dibenarkna ambil untung, cuma ambil kira kos haji,” katanya.
Mengulas soal soalan tambahan Radzi sama ada kerajaan menjangkakan kadar Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan meningkat lagi dalam jangka masa terdekat, Anwar berkata perkara itu termaktub di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).
“Soal OPR seperti yang kita tahu dari masa kerajaan dahulu, BN dan PN, OPR ini diputuskan sepenuhnya oleh BNM kerana itu undang-undang yang dibuat oleh Yang Berhormat dahulu. Cuma dalam kerajaan perpaduan ini, baru sekali naik berbanding tahun lalu di bawah pemerintahan yang berhormat, empat kali naik.
“Jadi setakat yang saya boleh gesa BNM perlu teliti, bukan sahaja soal monetari tapi juga soal fiskal dan keyakinan keseluruhannya. Tapi kita juga harus terima kenyataan menaikkan OPR seperti mana yang berlaku di Singapura, itu akan membantu mengurangkan…memperkukuh nilai mata wang,” katanya.Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.